“ Aku ini lelaki yang mempunyai kemalvan wanita, adakah orang macam aku haram?- Sajad

Personaliti kontroversi Nur Sajat berkata dia mengalami kemurvngan.

Perkara itu ditimbulkan selepas dia berdepan siasatan penguat kuasa agama atas dakwaan menghin4 Isl4m dan kesucian institusi agama, selain mendakwa dikasari.

Dalam coretan panjang lebar di Instagram, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman itu secara tidak langsung memberi bayangan berkaitan identiti gender sebenarnya dengan berkata “aku ini lelaki yang mempunyai kemalv4n wanita”.

Justeru, kata usahawan kosmetik itu, dia berdepan pelbagai dilema termasuk untuk beribadat.

“Aku ada bertanya pada ustaz aku nak solat, aku tengok bangsa lain macam aku (tapi) masih sembahyang pada Tuhan mereka berdasarkan kepercayaan agama masing-masing.

“Aku dah perempuan, kemalu4nku, tubuhku, cara hidupnya semua perempuan, aku nak solat, aku tak selesa solat (dalam) keadaan lelaki. Aku selesa solat cara wanita, adakah solat aku sah dalam agama?

“Semua bacaan lengkap, kiblat semua sempurna, (cuma) aku manusia tak sempurna. Aku cac4t pemikiran, cac4t jiwa, cac4t naluri. Aku cuba kawal, cuba berubah, tetapi cac4t ini terus kekal. Rupa-rupanya cac4t dalaman lagi kuat tamparannya, adakah solat aku sah?” ujarnya di Instagram.

Dia mendakwa ustaz yang dirujuknya memberitahu jawapan yang melegakan dan sejak itu dia mula mendekatkan diri dengan Islam.

“Bersolatlah cara selesa yang rasa bagus untuk diri awak, perlahan-lahan kenali Allah. Bila ustaz kata macam tu, hatiku kuat dengan agama. Makin dekat main sayang, makin cinta dan bahagia dengan Allah,” katanya.

Sajat, 35, mengiringi luahan itu bersama gambar hiasan seseorang menutup muka dengan kapsyen: “Depresi: Terpuruk rasa ingin mati.”

Terdahulu, tular sebuah rakaman klip video memaparkan Sajat sedang menangis teresak-esak dalam satu insid3n yang didakwa berkaitan penguat kuasa Jabatan Agam Islam Selangor (Jais).

Insid3n terbabit didakwa berlaku pada 6 Januari lalu susulan siasatan jabatan agama itu terhadap Sajat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Jais berkata pihaknya maklum berhubung dakwaan Sajat dan berkata penguat kuasa mereka telah dipanggil memberikan keterangan, tanpa menyebut secara khusus sama ada kepada pihak polis atau panel siasatan dalaman.

Netizen Teruja Nur Sajat Ditawar Berlakon KL Gangster

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas Jais berkaitan perkembangan dan maklumat lanjut berkaitan siasatan terhadap Sajat.

Pada masa sama, Sajat mendakwa segala amalan dalam agama yang dilakukannya turut menjadi pertikaian segelintir pihak.

Ia menyebabkan penyanyi Makhluk Penggoda itu bertambah “hanyut” dengan gangguan emosi yang sedang berlaku ke atas dirinya.

“Amalan kebaikan (menjadi) sia sia sebab pengenalan diri Sajat lelaki. Apa kubuat dikatakan perbuatan haram kerana cara hidup semua adalah wanita.

“Aku buat kerja sedekah, wakaf, bina pagar masjid, mimbar, tempat mandi, membayar zakat setiap bulan, bersedekah selalu tak kira agama dan sebagainya cara aku nak tunjuk sayang Allah.

“(Adakah) orang macam aku tetap har4m? Apa hukum aku yang menukar jantina untuk bersujud pada Allah? Aku cac4t. Ya aku cac4t kerana naluri aku berfikiran wanita. Iman wanita aku kuat. Aku bukan iman lelaki walapun pengenalan diri aku lelaki.

“Bila jadi macam ini aku rasa Allah tak sayang aku dah. Kenapa lahirkan aku buat agama benci aku. Aku celik mata (jadi) Islam, aku baik dalam agama (tapi) orang agama memperkotak-katikkan perwatakanku,” katanya.

sumber : MK

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*