
Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, memaklumkan bahawa bagi kawasan negeri yang menjaalani Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama sahaja akan ke sekolah.
“Untuk kawasan PKP, hanya murid yang akan menjalani peperiksaan iaitu SPM, SVM, SKM, STPM, STAM, DVM dan peperiksaan antarabangsa yang setara,” katanya.
Walau bagaimanapun, bagi sekolah-sekolah yang berada di dalam negeri Perintah PKPB dan PKPP, sesi persekolahan tetap akan bermula pada 20 Januari ini.
Bagi murid-murid yang lain pula, mereka akan menjalani pembelajaran di rumah secara atas talian.
“Murid bagi sekolah menengah di kawasan PKP akan melaksanakan pembelajaran di rumah,” katanya.
Selain daripada itu, murid-murid di sekolah rendah juga akan mengikuti pembelajaran dari rumah memandangkan tiada peperiksaan utama yang mereka lakukan.
Disamping itu, guru-guru juga hendaklah kembali ke stesen tempat mereka bertugas sebelum 20 Januari 2021.
Bagi pensyarah di Kolej matrikulasi dan Institut Perguruan di negeri PKP, kehadiran mereka adalah tertakluk kepada arahan Ketua Jabatan.
Sebelum ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan kenyataan Media dengan memaklumkan berkenaan takwin sesi persekolahan untuk tahun 2021.
Hal ini berhubungkait dengan pengumunan PKP daripada Perdana Menteri Malaysia pada petang semalam berkenaan situasi pandemik di beberapa buah negeri di Malaysia.
Sumber: Bernama, Dr Radzi Jidin
Leave a Reply