PM Muhyiddin Umum Darur4t Sekali Tun M Tanya Apa Makna Darur4t?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan langkah drastik dan terdesak kerajaan yang terpaksa memohon pengisytiharan darur4t pada ketika ini.

Sebaliknya, beliau dalam nada sindir menyifatkan tindakan aneh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai cubaan menyekat kebebasan suara rakyat terutamanya isu politik.

“Setakat ini, kita tak tahu apa makna darur4t? Apakah ini bermakna rakyat tidak boleh buat itu dan ini, tak boleh bercakap, malah tak boleh lagi tegur silap kerajaan,” katanya secara sinis.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Human Life Advancement Foundation berkata dalam sidang akhbar selepas melancarkan portal jualan herba tempatan, Herbee di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah memperkenankan pelaksanaan darur4t sehingga 1 Ogos ini atau suatu tarikh tertentu.

Ini selepas Muhyiddin mempersembah maklum keputusan mesyuarat Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu semalam.

sumber : utusan malaysia

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*