Ibu Sedih Di Kecam, Anak Meninggal Di Rumah Pengasuh Asalnya Sihat & Tidak Dem4m

Sebelum ini media melaporkan seorang bay1 empat bulan meninggal di rumah pengasuhnya yang baru dihantar untuk penjagaan kira-kira dua minggu lalu.

Pengasuh berkenaan sedar bay1itu sudah meninggal dunia selepas cuba mengejutkan bay1 itu bangun dari tidur namun tiada sebarang tindak balas.

“Dua hari sebelum (kejadian), saya ada bawa bay1 ke klinik dan setelah diperiksa, doktor memberitahu bahawa bay1saya okay sahaja, tak ada yang merisaukan,” kata Sofiarti Oktarina Yulizar, 28, menerusi status Facebook mengenai bay1nya berusia empat bulan yang sebelum ini dilaporkan meninggal dunia di rumah pengasuh di Presint 9, di sini, semalam.

Sofiarti berkata, anak lelakinya, Muhammad Rauf Iman Ahmad Rabbani masih sihat dan aktif serta hanya selsema biasa ketika dibawa bertemu doktor itu, dua hari sebelum dihantar ke rumah pengasuh.

“Dalam laporan polis pun tiada kenyataan daripada pengasuh yang menyatakan bay1 saya dem4m atau selsem4. Bahkan pengasuh melaporkan bay1 dihantar dalam keadaan sihat walafiat sahaja.

“Hal sekecil seperti ini boleh berlakunya salah faham antara saya dan pengasuh, apa lagi bila anda (warganet) melemparkan kata-kata yang tak sepatutnya pun diucapkan kepada kami insan yang sedang ditimpa musibah.

“Yang seharusnya kami dapat hanya doa dan kekuatan dari anda semua,” katanya dalam hantaran itu.

Beliau berkata, selepas kejadian berkenaan beliau dan dan pengasuh tiada dendam dan yakin individu terbabit menyayangi seperti anaknya sendiri.

Malah beliau juga memaafkan warganet yang memberi pendapat serta kecaman di dalam sosial media.

“Saya maafkan anda semua dengan hati yang lapang. Andai diizinkan biarlah saya seorang sahaja yang menanggung peritnya kehilangan seorang anak yang sangat dicintai.

“Kerana peritnya tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Semoga anda semua tak akan lalui apa yang saya lalui sekarang,” katanya.

sumber : hmetro

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*