Merdunya Suara Frontliners Mengaji Di Pusat Kuarantin Covid-19, Pesakit Pun Ikut Sama.

Baru-baru ini Kerajaan Kelantan menambah dua Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri itu, susulan jangkaan berlaku peningkatan kes positif. Dua pusat kuarantin baharu itu merupakan bangunan di Dewan Jubli Perak dan asrama Kolej Kejururawatan di Kota Bharu.

 

Alunan suara merdu

Terbaru, video berdurasi 29 saat ini tular di media sosial selepas dikongsi oleh salah seorang petugas kesihatan yang berada di situ. Video itu menunjukkan alunan suara merdu salah seorang petugas yang membaca ayat al-Qur4n di pusat kuarantin Dewan Jubli Perak, Kota Bharu. Turut dilihat beberapa orang pesakit yang sedang dikuarantin turut membaca ayat suci al-Qur4n di katil masing-masing.

Semalam, Kelantan mencatatkan sebanyak 103 kes baharu Covid-19 iaitu 94 kes tempatan dan 9 kes import B. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Kelantan ialah sebanyak 1,298 kes. 

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) juga menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat.

Sumber: KKM.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*