Pusat Kuarantin MAEPS Sesak, Pegawai Imigresen Tertek4n Jaga PATI.

Petugas imigresen yang terlibat dalam kawalan pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) didakwa mengalami tek4nan ekoran kekurangan kakitangan bertugas.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang tinggi menyebabkan keupayaan pegawai Imigresen tidak mampu memenuhi garis panduan penguatkuasaan membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI).

 

KKM tambah 3,032 katil di PKRC MAEPS 2.0

Kapasiti Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, dipertingkatkan dengan penambahan 3,032 katil hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah katil disediakan di PKRC kini sebanyak 6,132.

Beliau berkata, kapasiti katil akan terus dipertingkatkan sehingga 10,000 untuk mengikut keperluan semasa.

“Peningkatan kapasiti katil PKRC MAEPS 2.0 fasa dua melalui pembukaan dewan baharu ini diperlukan kerana pertambahan kes positif COVID-19 yang berterusan,” katanya dalam perkongsian di laman Facebook KKM sebentar tadi.

PUSAT Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS 2.0 IHSAN KKM. FOTO FB KKM

Sementara itu tular video di MAEPS yang penuh sesak dengan pesakit covid yang perlu menjalani kuarantin

Image may contain: one or more people

sumber : utusan / hmetro

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*