Tiap Bulan Ibu Bayar Rumah Guna Nama Anak, Bila Ibu Minta Serah Rumah Padanya Anak Ugvt Nak Jual

Saya sedang mengendalikan isu ibu dan anak berkenaan satu hartanah.

Kisah Ibu Menjadikan Anak Penama Untuk Belian Rumah

Firma guaman kami mewakili si ibu yang menggunakan nama anaknya sebagai penama kerana status ibunya yang bankrap setelah beberapa puluh tahun.

Setiap bulan dan saban tahun ibunya yang telah tua ini sentiasa membuat bayaran rumah kepada si anak untuk hutang rumah yang menggunakan nama anaknya.

Memanglah dalam undang-undang anak itu adalah penama tetapi hutang itu dibayar oleh ibu. Betul, kalau dari segi dokumentasi anaknya itu adalah pemilik yang sah di sisi undang-undang.

Ini bukan tentang hal undang-undang semata-mata. Kita sedang bercerita tentang wang yang telah dibayar si ibu bertahun lamanya dan berharap agar rumah itu akan menjadi miliknya untuk dia berteduh.

Anak Dakwa Hutang Rumah Kian Meningkat Dan Perlu di Jelaskan Untuk Anak Buat Pinjaman lain

Berkali-kali juga diminta dari anak segala penjelasan bagi kiraan hutang yang didakwanya kian lama kian meningkat tetapi enggan juga diberikan penyataan akaun. Kiraan yang sentiasa berbeza.

Semuanya hanya berdasarkan cakap mulut dan ada dokumen yang diragui kebenarannya. Entahlah, otak saya yang peguam ini sukar untuk percaya kerana terbiasa dengan meneliti bukti dan segala dakwaan perlu ada bukti.

Jadi cakap-cakap kosong tanpa pembuktian dan juga keengganan untuk memberi kerjasama ini, sudah tentulah saya rasakan seperti ada hutang disebalik batu.

Si anak mendesak untuk si ibu membuat penyelesaian penuh kerana si anak ingin membuat pinjaman hutang yang lain dan pinjaman yang sedia ada menyebabkan dia tidak dapat membuat pinjaman lain.

Perjanjian Ibu untuk dapatkan hak rumah tersebut

Jadi sebagai peguam yang mewakili si ibu yang telah tua ini, saya menyediakan satu surat bagi menyatakan persetujuan si ibu membuat bayaran penuh dengan syarat si anak perlu menandatangani satu persetujuan bahawa dia adalah penama sahaja dan si ibu pemilik sebenar.

Dalam perjanjian tersebut juga, dia perlu mengesahkan bahawa si ibu telah membuat bayaran setiap bulan dan dia bersetuju untuk menyerahkan hak kembali kepada si ibu selepas si ibu membuat bayaran penuh.

Di tuduh kaki drama dan ugut ibu nak cagarkan rumah

Usai surat itu diserahkan kepadanya dituduh pula si ibu dan kami peguam sebagai kaki drama. Mungkin dia tidak terlalu bijak untuk faham bahawa mengeluarkan surat tuntutan itu bukanlah drama dan sebenarnya adalah prosedur biasa di mahkamah.
Kemudian diugutnya pula jika enggan buat penyelesaian penuh pada kadar segera, dia akan cagarkan rumah itu kepada pihak ketiga.

Siapalah yang kata tidak mahu buat penyelesaian? Sudah jelas ingin diselesaikan tetapi perlu ada hitam putih bahawa dia hanya penama dan membayar hutang itu si ibu. Diminta agar dia memberikan kerjasama memindahkan nama kepada si ibu selepas penyelesaian penuh.

Kemudian, kami sebagai peguam, hantarkan sekali lagi surat bahawa dia adalah dihalang untuk mencagarkan rumah tersebut kepada pihak ketiga dan jika terjadi juga, kami akan bawa kes ini ke mahkamah.
Semua yang kami lakukan mengikut surat, prosedur dan tatacara.

Si Anak berdegil tidak mahu menyerahkan rumah milik ibunya

Dibalasnya pula dengan kata-kata bahawa saya sebagai peguam tidak tahu undang-undang dan saya ini adalah peguam tidak bertauliah kerana dia adalah penama dan dia berhak dari segi undang-undang.

Barangkali dia juga tidak cukup bijak untuk tahu bahawa di mahkamah ini pelbagai jenis kausa tindakan yang boleh kita mulakan, begitu juga pelbagai deklarasi dan pengisytiharan boleh dipohon di mahkamah. Semuanya bergantung kepada keputusan hakim melalui bukti-bukti bayaran dan keterangan saksi.

Cadangan saya jika dia enggan memberi kerjasama saya akan minta mahkamah yang tentukan siapa pemilik atau pun secara alternatif jumlah ganti rugi yang telah si ibu bayar.

Kalau pun dia merasakan dia benar dan mungkin juga ada asasnya tetapi di mahkamah itu adalah tempat hakim mendengar dan memutuskan siapa yang salah dan siapa yang betul.
Jadi saya jawab begini kepadanya “Hati-hati dan jangan cabar kerana peguam tidak bertauliah ini yang akan bawa kamu ke mahkamah”

Yang saya hairan sehingga ke saat ini dia enggan hendak tandatangan pengesahan si ibu adalah pemilik, sedangkan jelas si ibu bersetuju untuk membuat bayaran penuh.

Malahan bila didesak setiap kali, tergocoh si ibu ke bank memasukkan bayaran ribuan ringgit.

Apalah nasib ibu jika bayaran penuh di buat dah anak adalah penama yang sah

Saya minta si ibu menantikan dulu dia tandantangan persetujuan dia mengakui rumah itu milik ibunya dan setuju membuat pemindahan selepas bayaran penuh dibuat si ibu.

Kasihan pada si ibu ini, jika akhirnya di mata undang-undang anaknya sebagai penama adalah pemilik yang sah yang telah membayar jumlah keseluruhan.

Entahlah apa yang sukar berurusan dengan manusia jenis ini. Semoga dilembutkan hatinya untuk menandatangi persetujuan tersebut dan mempercepatkan urusan hartanah ini dipindahkan kepada si ibu.

Saya pula jenis pantang jika orang degil begini. Sudahlah degil, memperlekehkan kita pula. Kalau ikutkan hati, esok juga saya akan terus failkan saman tetapi keutamaan itu adalah penyelesaian untuk menyebabkan rumah ini dipindahkan pada si ibu.

sumber : FB Nor Zabetha

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*