Terlalu Penat , Seorang Lelaki Lem4s Ketika Bantu Mangs4 Banjir Berpindah

Kuala Krai: Seorang lelaki ditemukan lem4s selepas terjatuh dari perahu ketika dalam perjalanan menghantar mangs4 banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) dalam kejadian di Kampung Manjor, dekat sini, malam tadi.

Mayat Mohammad Hakimin Rahim, 20, dijumpai oleh ahli keluarganya di dasar sungai di tempat dia dilaporkan terjatuh dari perahu jam 8.30 pagi tadi.

Mohammad Hakimin Rahim, 20, lemas ketika membantu penduduk berpindah ke pusat pemindahan di Kuala Krai. - Foto Ihsan pembacaMohammad Hakimin Rahim, 20, lem4s ketika membantu penduduk berpindah ke pusat pemindahan di Kuala Krai. – Foto Ihsan pembaca

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangs4 tiba-tiba pengsan lalu terjatuh ke dalam sungai sewaktu mendayung perahu ketika membawa dua penumpang untuk ke PPS berdekatan.

Mangs4 dikatakan terlalu kepenatan dan mengalami kekejangan berikutan cuaca sejuk semasa membantu penduduk kampung sejak dari awal pagi sehingga malam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.07 malam dan seramai lima anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dan ditamatkan pada jam 12.31 pagi tadi berikutan keadaan gelap selain hujan dan air mula menaiki beberapa kawasan rendah.

“Bagaimanapun ketika pihak kami bersiap untuk menyambung operasi SAR mangs4 pada pagi ini namun dimaklumkan mangs4 sudah dijumpai oleh ahli keluarganya,” katanya ketika ditemui di BBP Kuala Krai, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangs4 diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk tindakan selanjutnya.

ALLAHYARHAM Mohammad Hakimin ditemukan lemas selepas terjatuh dari perahu. FOTO ihsan pembaca

 

sumber : hmetro