“Manusia ni lagi orang jatuh lagi di hent4m..” – Kak Ton Menangis Anak Positif Covid-19 Tapi Dikecam

Umum sedia maklum mengenai dugaan melanda pelakon, Harris Anuar yang disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pertama beberapa hari lalu.

Berita duka itu dikongsi di laman Instagram miliknya dengan berharap agar orang ramai mendoakan kesihatannya kembali pulih dengan segara.

Terbaru, bekas finalis Hero Remaja 2017 itu memuat naik satu video melalui tangkapan skrin panggilan video dia bersama ibunya Zaiton atau lebih popular dipanggil Kak Ton sehingga mengundang sebak warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Menerusi video berdurasi dua minit tersebut, Kak Ton yang juga usahawan kosmetik mengakui menangis selama dua hari kerana memikirkan keadaan anak lelakinya itu.

Namun, dia percaya ujian diberikan oleh Allah SWT akan membuatkan keadaan selepas ini kembali pulih seperti sedia kala selain reda serta percaya bahawa Harris kuat menjalani musibah ini.

“Mommy sedih nangis dua hari. Selepas itu, Mommy fikir dugaan ini membuatkan Aboy kuat. Allah bagi ujian maknanya kita yang terpilih. InsyaAllah lepas ini semua yang baik-baik sahaja,” katanya dalam video itu.

Selain itu, Kak Ton juga mendedahkan dirinya terlalu sedih apabila membaca segala komen negatif yang dilontarkan pada posting anaknya sebelum ini dimana rata-rata netizen hanya tahu menghent4m sahaja.

“Manusia ni ada sifatnya yang bila orang jatuh lagi dia hent4m sebab selagi tak kena dekat mata hidung dia sendiri, dia takkan tahu apa yang berlaku. Yang penting Aboy anak yang baik tak pernah hampakan Mommy,” tambahnya.

Perbualan yang dikongsi itu membuatkan netizen turut sebak dengan kecekalan dan kekuatan dua beranak tersebut.

Diharapkan agar Harris sentiasa berlapang dada menerima dugaan ini kerana Allah SWT tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan seseorang.

Sumber: Instagram Harris Anuar / OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*