
Semalam, usahawan dan bekas isteri Fizo Omar iaitu Mawar Karim ada berkongsi posting di akaun Instagram yang dipercayai telah dijangkiti virus Covid-19.
Menerusi kapsyen, Mawar berkata dan anaknya Wan Maryam perlu kuat melawan virus itu selain mengucapkan terima kasih kepada individu yang mendoakan agar mereka kembali sembuh seperti sediakala.
Selain itu, wanita berusia 32 tahun tersebut turut menggunakan tanda pagar Covid-19, Covid dan Covid Fighters sebagai semangat untuk dirinya dan anak yang berusia tiga tahun.
Anak kelahiran Pulau Pinang ini juga sempat memuat naik di Instastory memaparkan dirinya dijemput oleh pihak hospital yang memakai sut peralatan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk menaiki ambulans.
Dalam masa yang sama, Mawar juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang telah membantunya dalam hal ini.
Berikutan itu, pengikutnya membanjiri ruangan komen dengan mendoakan agar Mawar dan Maryam dipermudahkan segala urusan dan terus kuat dalam menempuh dugaan ini.
Sementara itu di IG Fizo Omar mengesahkan anak dan bekas isterinya itu positif COVID-19 sejak 1 jan 2021
View this post on Instagram
Assalamualaikum semua.
Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, sya nak maklumkan bahawa anak sya Wan Maryam, dan bekas isteri sya Mawar telah disahkan positive Covid-19 sejak 1 Jan 2021 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Syukur alhamdulillah keadaan mereka stabil.Saya telahpun menjalani Swab test pada 2 jan 2021 dan alhamdulillah keputusannya adalah negative.
Sya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kpd semua front liners yg terlibat bertungkus lumus utk “berperang” dgn Covid-19 demi menjaga keselamatan kita semua.
Pesanan kpd semua, jangan ambil mudah dgn COVID-19 dan patuhilah kepada segala SOP kerana ia memberikan kesan emosi yg sangat mendalam apabila terjadi kpd diri sendiri ataupun keluarga anda.
Sya sangat hargai doa anda semua. Semoga Maryam dan Mawar cepat sembuh dan seluruh rakyat Malaysia yg menghadapi cabaran Covid-19 ini.
Sumber: Instagram Mawar Karim
Leave a Reply