Kongsi Foto Bercuti Di Langkawi, Harris Annuar Pula Positif Covid-19

Baru berkongsi beberapa posting di Langkawi menerusi laman Instagram, pelakon Harris Annuar dilaporkan dijangkiti Covid-19.

Menerusi hantaran terbaru, pelakon berusia 27 tahun itu disahkan positif jangkitan virus tersebut selepas menjalani fasa pertama ujian saringan Covid-19 di sebuah klinik semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Menurut pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu, dia akan membuat saringan kedua pada hari ini dan menjalani kuarantin di rumah selain menyaran kontak rapat yang bertemu dengan dirinya bagi melakukan perkara sama.

“Siapa-siapa yang kontak rapat dengan Harris selama dua minggu yang terakhir boleh menjalani ujian Covid-19 di klinik berdekatan. 
“Setakat ni Harris masih menunggu panggilan rasmi daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” tulisnya.

Berikutan itu, rakan artis dan pengikutnya memenuhi ruangan komen dengan mendoakan agar Harris dipermudahkan urusan dan kembali sembuh daripada jangkitan Covid-19 berkenaan.

Terdahulu, bekas finalis Hero Remaja 2017 itu ada memuat naik beberapa posting dengan lokasi yang terletak di Langkawi namun tidak pasti sama ada sempena sambutan Tahun Baru atau sekadar ‘throwback’.

Sumber: Instagram Harris Annuar / OMM

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*