
Tular hari ini di FB legenda lumb4 motosikal negara, Wazi Abdul Hamid yang menyatakan kekesalan terhadap operasi besar-besaran pihak berkuasa di tempat percutian Pengkalan Balak Melaka.
Tidak dapat dipastikan bagaimana pihak polis boleh menahan semua mat-mat motor yang berkonvoi di tempat percutian tersebut namun yang lebih dikesalkan adalah kerana terdapat seorang warga emas yang menyertai percutian tersebut turut di tahan berjam-jam lamanya..
Semua kena kutip
Operasi besar besaran d tpt percutian pengkalan balak melaka..
Warga tua umur 76 tahun pakai moto gang AZURA (jamal abdillah) yg ada kencing manis, semput pun kena sidai smpai berjam2..kalau dah kena saman pun, bagi ler atuk tu balik dulu…kan kita ada budi bicara ..undang2 helmet pun terbatal bila pakai dut benggali..(xpercaya check APJ JPJ)Agok2 ler kalao nk pilih mat rempit or mat motor..kalao xpndai meh cni pakteh kongsi tips..
SOP dalam penahanan pengguna Motosikal di seharusnya dikaji semula
Mybe SOP oleh pihak berkuasa boleh d fikirkan..aib oo kalo pengguna motorsikal yg lalu kwsn tu semua kena kaut pastu kena tolak moto bagai..pastu ank2 baru lepas mandi laut dok ckp gn ibu ayah dia”mak oo mak, apahei mat rempit tur tua bebenor”..kan naya..patut ler pengguna motorsikal sering d pandang rendah d mata masyarakat..
Mana senator,wakil politik or tuan lwyer yg boleh perbetulkn semua ni..xkan dok sibuk gn post masing2 jer? time pilihanraya bebudak ni le yg dok panjat pokok gantung bendera masing2..
Sedih terkenang bab tolak motor ni dari zaman dulukala smpai skrg x abis..so pd mat rempit tegar, udah ler kita buat perangai huduh tur psl yg lain pun kena tempias..
Guna kaedah lebih berhemah
Pd demer yg cerdik pandai, gunakan lah kaedah penguatkuasaan yg lebih berhemah..kita pun bukan sempurna sgt..allah jer yg dok tutup aib tuan2..kot esok lusa allah buka bagi org tau, baru tau langit tinggi rendah..kalo nk naik jd OCDP ker pun, pandai2 ler guna budibicara..pasei 2-3 kerat yg poyo, byk usaha baik yg rakyat boleh abaikan..
Lagi satu..tu ler degil sgt, MKN suruh dok umah, mengkomer gi jejalan..
#abg benci kaki poyo
Apa yang di tekankan oleh bekas pelumb4 motor cub prix ini adalah supaya pihak berkuasa nampak dan prihatin kepada salah seorang warga emas yang di katakan turut di tahan dan perlu menolak motor bersama mat-mat motor yang lain .
Namun Wazi menyatakan warga emas ini hanya ‘di sidai ‘ 2-3 jam namun tidak di paksa menolak motosikalnya.
Ada juga yang mengenali warga emas ini , di gelar Pak Din di kalangan mat motor.
Tidak tahu beza mat rempit dan mat motor
sumber : Wazi Abdul Hamid /trending network
Leave a Reply