
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan seorang warga asing terhadap kerajaan untuk menuntut p4mpasan RM48,700 atas kecuaian bagi kecederaan dialaminya selepas motosikalnya melanggar lubang enam tahun lalu.
Warga Pakistan, Sajid Dilwarkhan mendakwa kem4langan dialaminya akibat kealpaan ketua pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) memastikan jalan dalam keadaan baik untuk pengguna jalan raya.
Katanya, kerajaan mempunyai liabiliti vikarius atas kecuaian ketua pengarah JKR.
Sajid memfailkan s4man terhadap ketua pengarah JKR dan kerajaan atas kecederaan yang didakwa dialaminya selepas tercampak daripada motosikalnya kerana mel4nggar lubang di Jalan Kuala Selangor (Jalan FT 54) ketika hujan pada 10 pagi 27 Okt 2014.
Mahkamah Majistret dua tahun lalu menolak tuntutan Sajid kerana kem4langan itu berlaku akibat kecuaian pihak keempat memastikan jalan berkenaan dalam keadaan baik.
Terdahulu, kerajaan memfailkan tuntutan pihak ketiga terhadap Unik Sejati Sdn Bhd bagi menuntut ganti rugi serta sumbangan, sekiranya Sajid berjaya dalam s4mannya di mahkamah rendah itu.
Unik Sejati yang dilantik kerajaan untuk membina dan menyelenggara laluan FT54, di mana kem4langan itu berlaku bagaimanapun menegaskan tiada lubang di jalan berkenaan.
Unik Sejati sebaliknya menamakan Salam Dutamas Sdn Bhd sebagai pihak keempat untuk mendapatkan ganti rugi dan sumbangan, sekiranya mereka didapati bertanggungjawab.
Pihak keempat berkenaan adalah subkontraktor yang dilantik pihak ketiga bagi menyelenggara jalan berkenaan.
Salam Dutamas mendakwa motosikal Sajid tergelincir menyebabkannya beliau jatuh di lokasi lain, tetapi cuba mengaitkan kem4langan itu dengan Jalan FT 54 untuk mengukuhkan kesnya kerana ketika itu ada kerja jalan dilakukan di situ.
Hakim S M Komathy Suppiah dalam penghakiman bertulisnya berkata, kerajaan tidak mempunyai kekebalan undang-undang mengikut Seksyen 7 Akta Prosiding Kerajaan 1956.
“Mereka mempunyai kewajipan statutori kepada plaintif untuk memastikan jalan dalam keadaan baik. Mereka tidak boleh mengelak liabiliti dengan menyerahkannya kepada pihak ketiga,” katanya.
Komathy berkata, ketua pengarah JKR dan kerajaan tidak memastikan pihak ketiga terbabit menampal lubang jalan berkenaan atau meletakkan tanda amaran atau kon berhampiran lubang itu untuk memberi amaran kepada pengguna jalan.
Katanya, ia bukan sebahagian daripada kes kerajaan yang pihak ketiga dan keempat ialah kontraktor bebas.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan tuntutan kerajaan untuk ganti rugi daripada pihak ketiga, selain tuntutan pihak ketiga untuk ganti rugi daripada pihak keempat.
sumber : FMT
Leave a Reply