Sekali lafaz, Ayda Jebat Selamat Bergelar Isteri Kepada Nabil Mahir

Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat, 29 membuka tahun 2021 dengan kisah gembira apabila memilih untuk melangsungkan pernikahan dengan pengacara serta pelakon tv, Nabil Mahir, 33.

Menerusi Instagram Hlive, pasangan yang sangat terbuka dengan kisah percintaan mereka ini telah selamat bergelar pasangan suami isteri setelah bernikah sekitar jam 3.30 petang di Masjid Negara.

Ayda dilihat cantik memakai busana rekaan Lynda Rahim itu sedondon dengan Nabil yang masing-masing mengenakan baju berwarna putih.

Mereka telah dinikahkan oleh Ustaz Rozimi Zamri, Ketua Penolng Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Nabil Mahir telah memberikan mas kahwin seutas rantai berlian  kepada Ayda Jebat pada majlis pernikahan itu tadi. Namun begitu, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Pihak lelaki memberikan 7 dulang hantaran dan dibalas sembilan daripada pihak perempuan.

Terdahulu, pasangan ini telah bertunang pada 28 April 2020 secara atas talian memandangkan ketika itu Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sedang berlangsung.

Mereka memilih 1 Januari 2021 sebagai hari bersejarah buat mereka kerana mudah untuk mengingati tarikh istimewa tersebut.

Sumber: Hlive

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*