PU Riz Kongsi Sesuatu Di IG Story, Seolah Memberi Bayangan Isi Hati Beliau.

Sebelum ini, viral tuduhan yang mendakwa pengacara terkenal iaitu Neelofa telah berkahwin secara rahsia di Kelantan bersama PU Riz. Bukan itu sahaja, wujud dakwaan yang mengatakan Neelofa ‘terkena’ minyak pengasih dan memindahkan sejumlah wang ke akaun tunangnya.

Namun bagaimanapun, Neelofa telah menafikan segala tuduhan palsu tersebut. Pembantu peribadi Neelofa juga dikatakan sedang giat mencari individu yang menyebarkan tuduhan palsu yang telah menjejaskan imej pengacara popular itu. Terbaru, tunangnya PU Riz menerusi IG Story hanya memuatnaik nota ringkas seolah memberi bayangan kepada isu ini.

 

‘Allah tahu kesudahannya..’

Sehingga hari ini, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh PU Riz bagi menjawab isu hubungannya dengan Neelofa. Namun perkongsian PU Riz di IG Story yang memuatnaik keratan kapsyen seolah memberi bayangan kepada respon terhadap isu berkenaan menarik perhatian netizen.

And know that Allah will resolve everything in the end, in a way you would never imagine.

Kapsyen tersebut memberi maksud ‘Dan ketahuilah Allah akan menyelesaikan segalanya, dengan cara yang kita tidak pernah bayangkan’.

Kapsyen ringkas ini bagaimanapun seolah memberi bayangan terhadap isi hati PU Riz berhubung segala tuduhan-tuduhan yang tidak sahih itu yang mempunyai kaitan dengan Neelofa.

Sumber: PU Riz

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*