Atuk Positif Covid-19 Minta Ambil Wuduk Sebelum Dibawa Ambulans Undang Sebak Orang Ramai.

Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial video seorang warga emas yang dibawa menaiki ambulans susulan disyaki positif Covid-19.

Muat naik yang dilakukan oleh penguna Twitter dikenali sebagai haiqalroslann itu  telah tular di media sosial tersebut setelah warganet berasa begitu sebak melihat situasi yang dialai oleh warga emas itu.

Menurutnya, salah seorang jemaah Surai Asyakirin Bandar  Baru Pasir Pekan, Tumpat telah disahkan positif Covid-19. Jadi, lelaki warga emas yang dikenali sebagai Pok Sin itu disyaki mendapat penularan kerana telah menghadiri solat jemaah di surau tersebut.

Apa yang membuatkan warganet tersentuh adalah momen Pok Sin meminta untuk mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum dibawa menaiki ambulans.

Muat naik yang dibuat pada 26 Disember itu telah mendapat lebih daripada 13 ribu tanda suka dan lampir 11 ribu perkongsian semula di Twitter.

Rata-rata dari mereka mengakui sedih melihat warga emas menjadi mangsa kepada pandemik ini dan telah mendoakan agar Po Sin itu diberi kesembuhan serta segera bebas daripada wabak yang sedang menular di seluruh dunia ini.

Sumber: haiqalroslann

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*