Bomba Selangor Pasang Alat Penyelamat Air Namun Ada Yang Di Risaukan Orang Ramai..

HULU SELANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor akan menempatkan peralatan menyelamat di air yang dihasilkan sendiri daripada bahan kitar semula di lokasi ber1sik0 tinggi kejadian lem4s termasuk di kawasan rekreasi.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata Peralatan Menyelamat Asas Di Air Dari Bahan Kitar Semula atau ‘Reward’ itu dihasilkan menggunakan tiub tayar kereta bagi menggantikan pelampung dan bekas tong air bagi menggantikan boya yang diikat bersama-sama dengan tali.

Bomba Selangor menempatkan peralatan menyelamat di air yang dihasilkan sendiri daripada bahan kitar semula. - Foto FB Bomba Selangor

Beliau berkata, Reward dihasilkan dengan kos minimum namun mempunyai nilai tinggi dari segi kegunaannya apabila berlaku kejadian yang tidak diduga.

“Peralatan berkenaan boleh dikendalikan orang awam sebagai persediaan jika berlaku sebarang kecemasan dan jika peralatan itu mengalami sebarang kerosakan ataupun kehilangan, ia mudah digantikan kerana diperbuat daripada bahan kitar semula yang mudah dicari.

“Mengikut rekod bomba, dari tahun 2016 hingga 2020, kes kematian lem4s di kawasan berisik0 termasuk pantai, pembetung, tali air, tasik dan air terjun mencecah 175 kemat14n di Selangor,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Reward di Air Terjun Sungai Sendat, Ulu Yam dekat sini.

Norazam berkata, antara kawasan beris1ko yang bakal dilengkapkan dengan peralatan itu ialah Sungai Kanching di Rawang, Empangan Semenyih, Empangan Taman Putra Perdana di Puchong, Jambatan Stesen KTM di Sungai Buloh, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Timah di Bukit Beruntung, Sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu dan Sungai Gasi di Sungai Buloh.

“Secara keseluruhan, sebanyak 63 kemat14n akibat l3m4s dicatatkan di kawasan yang sudah dikenal pasti sebagai beris1ko,” katanya.

Pada majlis yang turut dihadiri pegawai Jabatan Perhutanan itu, JBPM melakukan gimik menyelamat mangsa menggunakan Reward.

Namun apa yang dirisaukan orang ramai dalah penyalahgun4an ataupun keros4kkan yang bakal terjadi

sumber : bharian

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*