
Saat dilamar kekasih sebagai pasangan hidup merupakan salah satu momen yang paling indah buat sesetengah orang. Lamaran yang dibuat sebagai tanda berani dan ikhlas lelaki untuk menghalalkan hubungan yang terjalin.
Walau bagaimanapun, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan menerangkan secara ringkas mengapa agama Islam tidak mengga
lakkan lamaran secara terangan-terangan dilakukan.
Dari sudut Islam
Foto: magikpena
Saya sentiasa mendoakan mana-mana pernikahan kekal hingga ke syurga. Amin. Hanya sedikit nasihat saya yan memahami sedikit hkum islam. Kenapa Islam tidak menganjurkan melamar wanita secara terang-terangan di restoren mahu pun atas pentas?
1) Agar tiada tek4nan kepada wanita, Islam tidak mahu wanita berada dalam serba salah atau tek4nan apabila menerima lamaran lelaki. Tak dinafikan ada wanita boleh yakin dan kuat untuk mengatakan TIDAK kepada mana-mana lamaran tetapi ada wanita yang akan kasihan atau menjadi tidak berupya men0lak lamaran. Maka kaedah merisik lebih baik kerana memberi wanita masa berfikir, bermuhsabah dan membuat perkiraan. Islam sangat menjaga hak wanita maka wanita sangat digalakkan untuk bertenang apabila membuat apa-apa keputusan khususnya keputusan yang melibatkan masa depannya.
2) Menjaga air muka lelaki, lelaki yang melamar secara terang-terangan berpotensi dit0lak secara terang-terangan juga. Jadilah seorang lelaki yang menjaga air muka sendiri dan keluarga.
Jangan diikut trend barat
Foto: fnp.com
3) Pernikahan bukan hanya mencantvmkan dua jiwa tetapi mencantvmkan dua keluarga. Kaedah merlsik akan menemukan dua keluarga dan dua keluarga akan saling menilai ” nilai dan jiwa” dua keluarga. Ya saya tahu ada yang tak peduli hal keluarga dengan alasan “aku yang nak kawin” tapi yakinlah ada keberkatan dalam perbincangan dan restu ibu dan ayah. Jangan diikut trend barat yang penuh dengan kelompongan dalam menilai sesuatu. Barat bukan semuanya tahu.
Saya gembira atas kejayaan lamaran Kamal Adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Hanya saya berharap trend melamar secara terang-terangan dihentikan dan tidak menjadi budaya kita. Romantiklah dengan syariat, InsyaAllah berkat. Saya akhiri dengan kalam. Saya hanya menyampaikan tidak mengec4m. Saya menerangkan bukan menyer4ng.
Akhukum Fillah
Saudara mu dalam Islam
Rahmat Ikhsan
Sumber: Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan
Via oh bulan
Leave a Reply