
Pertama sekali, ribuan ampun dan maaf atas segala yang berlaku. Illi tak dapat nak jawab lebih awal kerana terlalu tertekan dengan apa yang berlaku (bukan kerana komen netlzen tetapi isv ini telah melihatkan Untie Halimah)
Mummy dah ada tegur Illi mengenai hal ini semua dan Illi tahu segala silap dan salah yang dah berlaku atas kej4hilan Illi dan Manpreet tetapi beberapa kenyataan perlu diperjelaskan dari pihak kami:
1. Manpreet memelvk Islam sejak tahun lepas
2. Saya tidak pernah menukar nama atau agama seperti yang mereka dkwa, nama saya kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga mentua memanggil saya dengan panggilan Navpreet sejak 2012 lagi kerana mereka suk4r untuk menyebut nama sebenar saya.
3. Kami telah bernikah pada 16 Disember lagi tetapi tidak diuar-uarkan (sijil nikah akan diperolehi pada Rabu ini atau minggu depan)
4. Berkenaan video perkahwinan yang tular, kami tidak meminta perkara itu kerana kami tahu akan menimbulkan isu sensitif. Saya dan Manpreet tidak bersetuju dengan perkara ini. Manpreet juga tahu aklbatnya.
5. Kami tahu apa yang dibuat tidak betul tetapi kami tiada pilihan dan Manpreet juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyatan sensitif berhubung isv tersebut. Dia juga meminta pihak media tidak memainkan lagi isv tersebut.
6. Berkenaan isv merentas negara, saya dah mematuhi setiap prosedur yang ditetakan dan tiada apa-apa keistimeaan diberikan kepada kedua-dua pihak. Saya sudah menghantar semua dokumen yang diminta tetapi semua orang berfikiran sebaliknya.
7. Saya juga tidak pasti bagaimana hubungan saya sebagai anak saudara menteri boleh tersebar sedangkan saya tidak pernah mengumumkan perkara itu sebelum ini. Saya sebenarnya tidak mahu membabitkan sesiapa dalam isu ini termasuk ibu saya.
Saya meminta maaf kepada semua termasuk ahli keluarga saya. Saya tidak bermaksud untuk memalvk4n mereka.
Kuala Lumpur: Illi Najwa Anuar Hussin Saddique tampil memohon maaf susulan majlis resepsi perkahwinannya dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar baru-baru ini mencetuskan pelbagai persoalan sehingga ada yang mendakwa dia murt44d.
Memetik laporan MalaysiaGazette, wanita terbabit mengaku apa yang berlaku atas salah dan kejahilan dia dan suaminya.
Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Tampil Beri Penjelasan
Malah, Illi Najwa turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang diheret sama dalam isu itu.
Media India sebelum ini melaporkan Illi Najwa berkahwin dengan Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.
Rakaman video majlis resepsi perkahwinan mereka kemudian tular di media sosial dengan memaparkan Manpreet mengenakan sut perkahwinan Punjabi.
Manakala Illi Najwa memakai pakaian pengantin wanita Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.
Dalam majlis itu, Illi Najwa dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai persoalan hingga status 4gamanya
“Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensitif dan ketika mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan kerajaan akan memanggil Illi Najwa Saddique dan suami bagi mendapatkan penjelasan berhubung statvs ag4ma mereka.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary dilaporkan berkata, mereka akan dipanggil sebaik kembali ke Malaysia.
Katanya, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan.
“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada permohonan yang diterima untuk menvk4r 4gama.
“Pada masa sama, kita juga tidak menerima permohonan wanita berkenaan untuk berkahwin di luar negara,” katanya.
Sumber : wowberita/hmetro
Leave a Reply