
Umum mengetahui kemelut yang melanda antara usahawan kosmetik popular dan seorang gadis Wani Comel berikutan isu mengenai perjanjian kontrak yang didakwa berat sebelah.
Berikutan itu baru-baru ini, pengacara sensasi Azwan Ali memuat naik satu perkongsian video pertemuan dia bersama gadis berusia 23 tahun itu untuk memberikan kata-kata semangat.
View this post on Instagram
Menerusi posting itu dapat dilihat Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA bertemu Wani yang juga peminatnya di salah sebuah hotel terkemuka.
Selain itu, Diva AA juga sempat memberi nasihat kepada Wani untuk terus kuat dan tidak berpatah semangat dalam memperjuangkan haknya.
Tambahnya lagi, sekiranya Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira mempunyai ‘point’ yang tepat dan benar, dia harus memperjuangkan dan mempertahankan sehingga membuahkan hasil.
“Awak kena kuat, jangan patah semangat. Kalau adik Wani rasa ada point-point betul pertahankan je,” ujarnya di dalam video itu.
Posting itu telah dihujani komen-komen positif netizen yang mengatakan Diva AA sangat memberi sokongan dan mereka turut mendoakan agar urusan Wani dipermudahkan kelak.
Terdahulu, Wani membuat sidang media mendakwa dirinya ditipu dan dipergunakan oleh usahawan tersebut setelah menjalani p3mbed4han bari4tr1k selain menandatangani kontrak sebagai duta produk kurvs.
Sumber: Instagram Diva AA
Leave a Reply