Dai Syed Sempat Beri Tazkirah Kepada Tahanan Lain Sebelum Di Ikat Jamin

SELEPAS 19 hari menjalani tahanan reman di lokap termasuk di Pusat Tahanan Reman Sementara di Beranang, pendakwah muda Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail akhirnya dilepaskan dengan ikat jamin keseluruhan sebanyak RM35,000 masing-masing RM25,000 di Mahkamah Petaling Jaya dan RM10,000 di mahkamah Shah Alam.

Setelah melalui satu tempoh sukar dan mencabar, Syed Shah Iqmal ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya memaklumkan perkara pertama yang ingin dibuat ialah bertemu ibu tercinta.

“Alhamdulillah saya sihat dan semuanya baik-baik sahaja… mula-mula sekali nak makan dengan emak, saya nak berehat di rumah, bertenang dengan keluarga dan lepaskan rindu dengan mereka.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat dan mereka yang mendoakan kebaikan untuk saya, kalau tak ada mereka saya pun tiada semangat.

“Cuma buat masa ini saya perlu sedikit ruang untuk pulihkan jiwa dan mental… saya akui sedih dan cuma mampu berdoa,” katanya kepada mStar pada Selasa.

Syed Shah Iqmal ditemui selepas selesai proses jaminan kira-kira pukul 2.40 petang, Selasa.

Turut hadir peguam mewakili Syed Shah Iqmal iaitu Syed Amirul Syed Edros dan pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar.

Menyedari dikecam teruk netizen di media sosial, Syed Shah Iqmal berkata dia memaafkan semua pihak yang melemparkan pelbagai tohmahan dan kritikan terhadapnya.

“Sekarang ini saya hanya mampu berdoa supaya Allah permudahkan urusan saya. Sebaik-baik orang adalah yang meminta maaf dan orang yang terbaik adalah yang memaafkan.

“Sekali lagi saya mohon maaf dan saya maafkan orang yang hina dan kutuk saya!” ujarnya.

SEMPAT BERI TAZKIRAH PADA TAHANAN LAIN

Sepanjang di dalam tahanan, Dai Syed memberitahu dia sempat memberi tazkirah kepada tahanan tahanan lain.

Lihat Video Temubual Pertama Selepas Dai Syed Dibebaskan:

Sumber : MSTAR ONLINE

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*