Lakukan ‘Swab Test’ Sendiri Terhadap Rakannya, BCL Dikritik Hebat Oleh Doktor

TINDAKAN penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari melakukan sendiri ujian saringan C0vld-19 terhadap rakannya Vidi Aldiano baru-baru ini tanpa bantuan petugas kesihatan mengundang krit1ikan.

Menurut laporan Lifestyle.okezone, penyanyi lagu Cinta Sejati itu tidak mempunyai kelayakan sebagai petugas kesihatan untuk melakukan sendiri uj1ian saringan tersebut.

Menjawab isu tersebut, seorang doktor yang dikenali sebagai Muhammad Fajri Adda’i tampil menjelaskan ujian saringan tersebut seharusnya dilakukan dengan berhati-hati untuk mencegah daripada masalah serius.

BCL menerima teguran daripada seorang doktor mengenai tindakannya melakukan sw4b test sendiri.

“Dalam hidung kita ada bahagian yang dinamakan sebagai konka media. Kalau kita sembarangan menjolok, bimbang akan berlaku pendar4han dan jangk1itan,” kata doktor tersebut.

Jelas doktor tersebut, jangkitan itu boleh berlaku sekiranya seseorang itu tidak memahami cara yang betul ujian saringan dilakukan tanpa bantuan pihak yang mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang kesihatan.

Sebelum ini, isteri kepada pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair itu meletakkan syarat untuk sesiapa sahaja yang ingin bertemu dengannya perlu melalui proses ujian saringan yang dilakukannya sendiri.

Sumber – lifestyle.okezone via Applehijau

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*