“Dia pakai hijab selepas selesai penggambaran..”- Awek Dai Syed Pelakon Tidak Berhijab.

Pendakwah muda Da’i Syed pernah mendedahkan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon wanita tidak berhijab.

Menerusi laporan Harian Metro, Da’i Syed, 25, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail berkata, hubungan yang sudah dua bulan terjalin itu adalah untuk saling memperbaiki kelemahan antara satu sama lain.

“Saya tidak suka menghakimi orang kerana setiap manusia mampu berubah ke jalan yang lebih baik.

 

“Meskipun dia belum berhijab, tapi kami saling mengubah dan bantu untuk menjadi insan yang lebih baik sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Malah sekarang ini pun, kami selalu membuat panggilan video untuk kelas mengaji al-Quran.

“Saya juga ingin mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi gerangan pelakon ini kerana kami berdua belum bersedia,” katanya.

Menurut Da’i Syed, dia mula mengenali wanita itu menerusi Instagram dan sudah bertemu ibu pelakon terbabit pada hari ketiga perkenalan.

“Selepas dua hari berkenalan di Instagram, saya terus memberitahunya untuk berjumpa ibunya terlebih dahulu.

 

“Saya enggan hubungan ini tidak diketahui orang tuanya. Alhamdulillah, hubungan kami berjalan dengan baik dan dia juga sudah pasang niat untuk memakai tudung tidak lama lagi,” katanya.

 

Tambah Da’i Syed, sebagai seorang pendakwah dia ingin memastikan wanita yang ingin dikahwininya memakai hijab.

“Saya tidak pernah paksa dia mengenakan hijab dengan segera, sebaliknya saya beri dia ruang secara perlahan untuk berubah.

“Tapi tak sangka dia maklumkan kepada saya untuk berhijab selepas dia selesai menjalani penggambaran bagi sebuah drama,” katanya.

Nama Dai Syed kini menjadi trending di media soslal selepas dikaitkan dengan k3s yang melibatkan beberapa individu.

Sebelum malam kejadian, Syed telah bertemu dengan rakan selebriti Hafiz Hamidun.

Menurut Hafiz atau nama sebenar Mohammad Hafiz Hamidun, 36, pertemuannya itu bagi mendapatkan pandangan dan nasihat serta menghulurkan bantuan guaman sewajarnya kepada selebriti itu.

“Malam sebelum dia dit4hann, kami ada berjumpa di kedai makan kerana pejabat saya berdekatan dengan rumahnya di Damansara Perdana dan saya sekadar mendengar isvnya yang dah tvlar di laman soslal.

“Tapi saya tak tahu nak nasihat macam mana, saya beri dia contact pegvam dan rujuklah kepada yang lebih pakar apa yang patut dia lakukan… cuma saya ada beritahu Syed dia kena hadapi ini secara ment4l dan fizikal.”

Sumber:mediakl

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*