
SELEPAS dimasukkan ke Hospital Putrajaya akibat jangkitan kum4n pada p4ru-p4ru, gadis 0besiti dikenali sebagai Wani Comel disahkan pula menghidap komplikasi jantvng bengkak.
Wakil kepada Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim yang dikenali sebagai Aishah memberitahu bahawa gadis berusia 23 tahun itu perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut dari pakar kardiologi di sebuah hospital kerajaan minggu depan.
“Wani dah dibenarkan pulang dan kini berada di rumah saya di Puchong, Selangor. Buat masa ini dia tak boleh balik ke rumahnya di Pahang kerana perlu berjumpa pakar berkaitan untuk pemeriksaan lanjut.
“Wani kata sebelum ini dia tak pernah ada sakit jantvng dan memang terkejut apabila dimaklumkan menghidap komplik4si jantvng bengkak dan lemah.
“Dia perlu dirujuk dengan doktor yang melakukan pembed4han vsvsnya sebab mungkin ini ada kaitan… cuma sekarang ini kita belum tahu laporan lengkap kesihatannya. Wani memang sedih apabila dapat berita itu dan dia menangis semasa bercerita petang itu!” katanya kepada mStar.
Wani dikejarkan ke hospital kerana mengalami kesukaran bernafas.
Pada Isnin lalu, Wani dikejarkan ke Hospital Putrajaya kira-kira pukul 9 pagi selepas berdepan dengan masalah pernafasan dan dimaklumkan mengalami jangk1tan kumn di p4ru-p4ru.
Sementara itu, Aishah berkata Wani masih perlu mengambil ubat bagi memastikan paru-parunya itu bebas dari j4ngkitan kum4n.
“Alhamdulillah p4ru-p4runya semakin baik cuma dia masih kena makan ubat… doktor pun minta dia makan bubur saja. Sekarang ini hanya berehat di rumah saya,” kata Aishah lagi.
Pada Rabu, Wani menerusi Instagram memaklumkan dia disahkan menghidap komplik4si jantvng bengk4k.
Wani sedih mendapat tahu menghidap sakit jantvng.
Sebelum ini, Wani yang berdepan masalah berat badan hampir 300 kilogram meluahkan rasa kecewa dan mendakwa seorang usahawan kosmetik terkenal menabur janji manis selain menyediakan kontrak perjanjian berat sebelah.
Menerusi laporan mStar pada Jumaat lalu, Wani berharap masalah berat badannya selesai selepas menjadi duta produk ubat kurus usahawan kosmetik terkenal itu namun hampa.
Justeru, gadis malang itu terpaksa bertindak menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan.
Beberapa hari selepas itu, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri pula menjelaskan pada sidang media di kediamannya yang semua dakwaan Wani adalah palsu dan seolah-olah mahu menjatuhkannya.
sumber : mstar
Leave a Reply