“Objek panjang hitam..”- Individu Tampil Juga Nampak Objek Di Lebuhraya Sebelum Syafiq Ahmad Kem4langan.

Gempar sebelum ni tentang kejadian kemalangan ngeri yang mengakibatkan penyerang muda, Syafiq Ahmad kehilangan anak berusia 22 hari, ibu mertua dan pembantu rumahnya. Sebelum ini, pihak polis melaporkan punca kemalangan yang terjadi adalah disebabkan dia ‘terlelap’ ketika memandu. Namun, perkara tersebut disangkal oleh ayahnya sendiri Ahmad Ibrahim ketika ditemu ramah media.

Terbaru, adik kepada Syafiq Ahmad, Fadhliz, turut menyangkal dan tampil memberikan respon menerusi Instastory di plaftom Instagramnya.

Itu Adalah Tuduhan Palsu!

Jelas Fadhliz, Syafiq ketika itu sama sekali tidak mengantuk dan berkhayal. Ketika kejadian, Syafiq cuba mengelak satu objek di atas jalan dan dia ketika itu sedang bersembang dengan isterinya. Tambahan pula, Fadhliz turut ‘pelik’ dengan kenyataan daripada pihak media sedangkan sehingga kini tiada sebarang laporan polis yang dibuat daripada mereka sekeluarga.

Tidak berakhir di situ, dia turut menyangkal laporan media yang menyatakan anak saudaranya Aaira, mengalami pendarahan dalaman di bahagian otak. Sebenarnya, Aaira selamat dan tidak mempunyai seberang luka akibat kemalangan tersebut.

Alhamdulillah Keadaan Aaira Anak Sulung Syafiq, Tidak Seperti Yang Digembar-Gemburkan Oleh Media

Dipercayai Ada Benda Atas Jalan Raya, Sejam Sebelum Kejadian Ada Yang Dah Report Ke PLUS

Tidak berakhir di situ, Fadhliz turut berkongsi satu tweet yang menyatakan terdapat pengguna lain turut menceritakan benda yang hampir sama iaitu melihat sesuatu di lebuh raya tersebut. Lelaki tersebut juga telah membuat laporan kepada pihak PLUS susulan melihat objek tersebut. Namun sepertinya tiada tindakan di ambil ketika itu.

Terdahulu, Syafiq memandu dari Johor Bahru menuju ke rumah mentuanya di Pendang, Kedah. Kejadian yang berlaku kira-kira empat pagi itu telah mengorbankan ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42.

Sumber: Fadhliz

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*