“Siap ada tukang masak untuk jaga pemakanan dia..”- Aliff Syukri Pula Tampil Bela Diri

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan yang dia menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada Wani Comel seperti didakwa gadis itu sebelum ini.

Menurut Aliff, segala tuntutan yang didakwa Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim itu pada dasarnya tidak pernah berada dalam kontrak yang ditandatangani pihaknya dan Wani sendiri.

Malah, menurutnya, Wani bukanlah isteri mahupun ibu bapanya untuk dijaga dengan kemewahan.

“Saya sama sekali tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang, nak bagi rumah, kereta mahupun kekayaan.

“Dia bukan isteri saya bukan mak bapak saya untuk saya kayakan.

“Anda semua boleh fikir logik, segala permintaan dia di luar jangkauan,” katanya.

Tambah Aliff, dia juga menafikan perjanjiannya untuk menjaga kebajikan ahli keluarga Wani.

“Saya hanya membantu adik Wani bukan keluarga. Keluarga dia ada kaki tangan dan boleh berjalan.

“Saya sudah berbelanja ratusan ringgit termasuk mendapatkan khidmat jurulatih, tempat tinggal, makanan tambahan atau supplement.

“Siap ada tukang masak untuk menjaga permakanannya. Bukan sehari dua ya tetapi berbulan.

“Itu pun dia curi-curi beli makan kat luar tanpa pengetahuan.

MGF07122020_KES-ALIFF-SYUKRI-2

“Dia bukannya orang gemuk biasa-biasa tetapi bersaiz super.

“Niat saya hanya nak bantu dia berjalan, supaya Wani boleh bantu semula ibu dia,” katanya.

Jelas Aliff, ketika dunia berdepan dengan cabaran pand3mik C0VID-19, dia faham ramai yang terk3san dari segi kewangan.

“Tapi janganlah ambil jalan pintas, carilah kerja, senang-senang meminta.

“Carilah kerja kaki dah ada tangan dah ada.

“Perlu diingatkan saya bukan rumah atau pusat kebajikan,” katanya.

Ditanya mengenai perjanjian bayaran RM3,000 secara bulanan, Aliff menjelaskan kesemua itu sudah ditulis pada kontrak tersebut.

“Dalam perjanjian tersbeut jelas menyatakan pemberian akan diberi atas budi bicara yang tertera tulis di dalam kontrak,” katanya.

Tidak menolak mengetahui ada pihak yang cuba menj4tuhkan dirinya dan perniagaannya, Alif berkata, dia tidak teragak untuk membawanya ke pihak berkuasa.

“Saya akan membawa perkara ini ke saluran undang-undang, cuma apa tindakannya buat masa ini belum boleh saya kongsi.

“Sementara itu berkenaan sama yang akan dikemukakan mana-mana pihak, saya mengalu-alu s4man anda,”katanya lagi.

Aliff berkata demikian pada sidang media yang diadakab di kediamannya di Kota Damansara, sebentar tadi.

Terdahulu Wani Comel membuat sidang akhbar mendakwa dirinya dianaiya Alif selain turut dinafikan haknya sebagai duta produk milik usahawan itu.

Wani juga mendakwa dirinya seperti ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.

“Mengadu s4kit perut sejak malam…” – Wani Chomel Masuk Wad, Jngkitan Kum4n Di Paru-Paru

Wakil Wani yang dikenali sebagai Aishah ketika dihubungi berkata, gadis tersebut kini di bawah pemantauan doktor selepas disahkan mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

“Wani terus dikejarkan ke bahagian kecemasan sebaik tiba di hospital. Wani mengadu s4kit perut sejak malam tadi dan dia mengalami mun-tah teruk.

“Pagi tadi dia kata ses-ak nafas dan kami terus bawa ke hospital. Saya teman Wani di sejak jam 9 pagi tadi dan sudah berjumpa dengan doktor yang mera-wat Wani.

“Beliau mengesahkan paru-paru Wani terkena jang-kitan ku-man. Wani akan dita-han di wad untuk rawatan lanjut dan menjalani pemeriksaan terperinci termasuk di bahagian perut.

“Doktor bimbang jika ada jang-kitan ku-man di bahagian tersebut kerana tidak ada rawa-tan susulan selepas pembe-dahan dilakukan,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu Aishah memohon orang ramai mendoakan kesihatan Wani dan berharap agar gadis comel tersebut pulih seperti sediakala.

“Ibu Wani di kampung pun kurang sihat, doakan Wani ya supaya dia pulih dan sihat,” katanya.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*