
BAYI lelaki berusia 22 hari anak kepada penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad dilaporkan meningg4l duni4 selepas terlibat dalam kemalngan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap, Nibong Tebal awal pagi tadi.
Turut mavt dalam kejadian itu seorang wanita warga tempatan Zainab Wahab berusia 45 tahun dan seorang lagi warga Indonesia Titik Sukamti, 30 an yang menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire.

Dalam kemal4ngan itu, Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya berusia dua tahun, Aaira Nur Saffiyya dilaporkan cedera ringan, manakala isterinya Nur Amelina Nur Ain, 25 dilaporkan p4rah.
Berdasarkan kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, pihaknya menerima panggilan kecem4san kira-kira pukul 5 36 pagi tadi, dan tiba di lokasi kejadian tidak sampai 10 minit kemudian.
Katanya sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna hitam didapati remvk teruk selepas dipercayai terbabas dan melangg4r pembahagi jalan.
“Ada enam mngsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu. pasukan bomba kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mngsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya.
Menurutnya lagi, mngsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pada sekitar jam 6.10 pagi.
“Tiga mngsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sumber —utusan online
Leave a Reply