“Mereka Hantar Pencuri, Kena Ugut Kerat Kepal4 …”- Bekas Isteri Da’i Farhan Dedah Terima Ugutan

Bekas isteri kepada Dai’ Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin mendedahkan dirinya telah menerima pelbagai ancaman serta ugutan dari pihak yang tidak berpuas hati  dengan perniagaannya.Menurut Dr. Erin dia terpaksa membuat laporan polis hampir setiap hari demi melindungi dirinya yang kini menjalankan perniagaan di sebuah premis di Alor Setar, Kedah.“Cabaran makin besar, sekarang ni, hari-hari kena minta cover report pak polisi. Sakit hati betul ‘pa__a’ ni tengok orang Melayu maju dalam kawasan mereka.

“Walaupun saya ni perempuan, mereka hantar lelaki gil4 s3ks datang kedai, hantar pencvri bagai, ugvt nak ker4t kaki t4ngan dan kep4la kalau saya tak tutup kedai. Siap nak b4kar kedai akak lagi.

“Sudah 6 bulan ni hari-hari rasa teranc4m sangat dengan kehadiran saya di pekan ni,” katanya.

Dr. Erin berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik swafoto dirinya ketika berada di dalam balai polis.

Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar Dr. Erin dilindungi serta selamat dari segala ancaman.

Nama Dr. Erin pernah menjadi bualan hangat apabila mengahwini Da’i Farhan di Mekah yang ketika itu sudah mempunyai seorang isteri dan anak. Farhan kemudian menceraikan isteri pertamanya ketika sedang hamil.

sumber : gempak

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*