
Pastinya anda masih ingat dengan seorang gadis berusia 23 tahun yang tular apabila dia mengalami masalah obesiti dengan memiliki berat lebih 200 kilogram.
Seperti yang diketahui ramai, usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri telah tampil untuk membantu gadis berkenaan dalam usaha untuk menurutkan berat badan.
Sebelum ini rata rata netizen percaya bahawa Wanie berjaya berjalan disebabkan oleh produk kurus Dato Aliff Syukri.
Hari ini semuanya terbongkar, Wanie telah membuat satu sidang media untuk memberitahu bahawa diri dia telah diainaya oleh pihak Dato Aliff Syukri.
Didalam LIVE sidang media tersebut wanie bersama peguam telah memberitahu bahawa selama ini dia tidak pernah memakan produk kurus Aliff Syukri.
Wanie sebenarnya menjalani pemb3dahan usus dan disebabkan itu dia boleh berjalan. Ini semua telah dirancang oleh pihak Aliff Syukri sendiri.
Apa yang netizen nampak di media sosial sebenarnya tidak benar.
Ada beberapa perkara lagi yang diajukan oleh Wanie dan peguam beliau terutama bagaimana Wanie telah diabaikan tidak seperti apa yang pihak Dato Aliff janjikan.
Setakat ini tiada apa apa kenyataan dibuat oleh pihak Dato Aliff Syukri lagi. Peguam Wanie telah menghantar satu surat tuntutan kepada pihak Aliff Syukri.
“Janji Hanya Tinggal Janji”- Wani
Wanita obesiti dikenali sebagai Wani mendakwa ditip-u kontrak untuk melantiknya sebagai duta produk kurus oleh seorang usahawan kosmetik.
KOMEN NETIZEN:
“Nmpk mcm dia nk dptkn bntuan brterusn utk dia dn keluarga dia. Kenapa nk sedih, brsyukrlh dgn apa yg ada.. Xkn nk harapkn bntuan org brterusn.”
“Tk kira la sapa yg tolong utk kuruskan badan, diri sndri msti nk berusaha juga,jaga makan, buat senaman, dan skrg kita semua tk tahu crita sbenar nya, apa yg brlaku, smpi buat sidang mcm ni.”
“Selalunya lps buat operate perut ( Bariatic bypas klu tk salah) kena pergi folow up check up dan senaman di hospital, dan kena jaga makan juga.”
Syanie Sokong Usaha Aliff Syukri Bantu Gadis 300kg
Sebelum ini Pelakon Syanie Hisham menyokong penuh usaha usahawan kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri membantu menyelesaikan masalah obesiti seorang gadis dikenali sebagai Wanie.
Wanie berusia 22 tahun, menghadapi masalah ketagihan makan yang agak tinggi dan itu menyebabkan berat badannya hampir mencecah 300kg.
Aliff pada petang Rabu telah memuat naik video dia ke negeri Pahang mengambil Wanie untuk dibawa bertemu pakar terlebih dahulu.
Menerusi ruangan kapsyen, Aliff memberitahu, keadaan Wanie agak serius kerana tidak mampu berjalan.
Sementara itu, di ruangan komen, Syanie meninggalkan komen positif kepada Wanie dan yakin gadis tersebut mampu menjalani kehidupan lebih sihat selepas ini.
Syanie turut menjawab komen netizen yang mempersoalkan rawatan bakal dilakukan kepada Wanie termasuk mempertikaikan bantuan dihulur Aliff.
Kata Syanie kepada seorang warga net, dia sebelum ini pernah mengalami masalah berat badan berlebihan dan telah menjalani raw4tan pintasan usus.
“Saya buat pembedahan pintasan usus, lain daripada sedut l3mak. Sebaiknya biarlah dia (Wanie) dirujuk kepada doktor terlebih dahulu.
“Apa yang terbaik untuk dia…Kalau tak ada sakit apa-apa, pembedahan pintasan usus mungkin boleh membantu dia, Insya-Allah.
“Semoga Allah permudahkan urusan adik Wanie dan murahkan lagi rezeki Datuk Aliff Syukri atas segala yang telah dan hendak dilakukan,” tulisnya.
Sebelum ini warga net melemparkan kecaman terhadap Aliff kerana menggunakan perkataan ‘budak gemuk’ untuk merujuk kepada Wanie.
Bagaimanapun jutawan sensasi itu tidak mengendahkan kata-kata negatif mereka, malah semakin bersemangat untuk membantu Wanie menjalani hidup normal dan lebih sihat.
sumber : mstar
Leave a Reply