Umie Aida Beri Makan Anjing Jalanan Sehingga Anjing Ini “Berterima Kasih” Pada nya.

Meskipun terdetik perasaan bimb4ng pada awal ‘perkenalan’ Umie Aida dengan Blacky, ia tidak menghalang pelakon terbabit menyantuni anjing jalanan berkenaan.

Bermula dengan memberi anjing itu makan dan minum, Umie Aida kemudian semakin tersentuh selepas menyedari Blacky bukanlah anjing jalanan yang boleh mendatangkan bahaya.

Bermula dari detik berkenaanlah pemilik nama penuh Umi Khalsum Rahmad Ali itu berterusan berbuat baik terhadap anjing tersebut dan ia berlanjutan hingga ke hari ini.

Justeru, pelakon filem Dukun itu mengakui dia benar-benar terkilan apabila menonton klip video tular yang memaparkan ada individu bertindak zalim dengan membunuh anjing tanpa belas kasihan.

“Mula-mula memang takut, wajah Blacky memang garang. Tapi haiwan ni mungkin seperti manusia yang punyai naluri untuk tak menceder4kan apabila kita berbuat baik dengannya.

“Bila tengok video tular tu, saya tertanya-tanya kenapa ada manusia z4lim seperti tu. Sejujurnya, saya tak sanggup tonton sampai habis video berkenaan.

“Saya percaya setiap agama anjurkan kasih sayang terhadap setiap makhluk ciptaan Tuhan tak kira sama ada anjing atau mana-mana haiwan lain pun,” katanya kepada Malaysiakini.

Susulan itu, Umie, 46, berkata dia terbuka hati menjalin kerjasama dengan sebuah organisasi bukan kerajaan, My Forever Doggo, untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar hidup berharmoni dengan haiwan.

Tak j1lat, tak gesel

Katanya, tujuan utama dia menyertai usaha itu adalah kerana ingin menyebarkan kasih sayang tatkala situasi menghimpit dunia sekarang mampu mencetuskan perasaan marah dengan sekelip mata.

“Saya sedar, sekarang ni semua orang tengah ‘s4kit’ ekoran keadaan kewangan dan ekonomi terjejas akibat pandemik Covid-19. Ia juga menyebabkan seseorang itu sensit1f. ‘Jentik’ sikit, habis.

“Bagi saya, sekarang adalah waktunya untuk kita sebarkan perkara positif, kasih sayang dan hidup menghormati ciptaan Allah.

“Saya tak harap lain cuma mahu buka minda masyarakat agar dapat menerima kehidupan lain dan hargai ciptaan Tuhan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video berdurasi 24 saat menunjukkan seorang lelaki berdiri di depan rumahnya sambil memegang sen4pang sebelum menemb4k seekor haiwan dipercayai anjing.

Bagaimanapun, wajah pelaku terbabit tidak kelihatan dalam rakaman video tersebut dan identitinya tidak dapat dipastikan hingga kini.

Persatuan Haiwan Malaysia turut menawarkan RM2,000 kepada sesiapa yang dapat menyalurkan maklumat sahih berkaitan lelaki terbabit.

Menceritakan kisah Blacky, Umie berkata, haiwan itu seakan-akan menghormati dirinya seorang Muslim.

Katanya, dia juga menjaga batasnya dengan anjing berkenaan sebagai seorang penganut ajaran Isl4m.

“Blacky seekor anjing istimewa, ia tak menj1at atau mengg3sel badan pada saya, ia tahu batas dengan saya. Saya juga tak membawa ia masuk ke rumah.

“Ia hanya datang ke kawasan rumah saya apabila hendak makan dan minum. Ia juga seolah-olah berterima kasih dengan menjaga rumah saya,” katanya.

sumber : MK

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*