
Terbaharu, laporan tentang perintah r3m4n ke atas seorang pendakwah selebriti dilanjutkan selama lima hari selepas polis menerima enam laporan berkaitan salah laku s3ks disy4ki dilakukan lelaki berkenaan.
Pemuda yang berusia 25 tahun itu direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes di bawah kesalahan s3ksual seperti S3ksyen 376 ( rg0l), 354 (cabvl), 377 (s3k$ luar tab11) dan 323 (menceder4kan) mengikut Kanun Kes3ksaan.
Kali ini Merak Jalanan terpanggil menulis tentang permintaan netizen agar pihak media menggugurkan perkataan pend3kwah pada laporan berita kerana merasakan si pelaku sebenarnya yang patut dipersal4hkan dan bukannya jawatan yang disandang.
Sudah lama Merak Jalanan perhatikan netizen di Malaysia ini. Mereka bukan sahaja cekap mencari siapa si anu, si anu tu, tetapi komuniti mereka juga bersatu
Ada ketika, netizen memudahkan tugas wartawan apabila ramai yang semakin celik dengan etika pemberitaan.
Mereka akan memberi pencerahan kepada ahli-ahli mereka mengapa ada sesetengah laporan berita yang media tidak dapat mendedahkan identiti.
Menurut Mohd Hafiz Ayob: “Buang sahajalah tulisan pendakwah tu. Wartawan pun, terpalit semua pendakwah.”
Pak Teh Pak Long pula memberi komen: “Bubuh nama sudahlah, tak payah nak guna ayat-ayat pendakwah bagai nampak sangat saja nak bagi busuk nama pendakwah. Bukan semua pendakwah berperangai sedemikian. Jangan kerana nila setitik rosak susu satu kontena.”
Mungkin ada benarnya permintaan netizen ni. Walau apapun, sesiapa yang memegang gelaran dan menjadi public figure, haruslah amanah dan menjaga nama baik.
sinar : sinarharian
Leave a Reply