
Klang: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini, mengadakan lawatan kerja di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Teratai, di sini.
Dr Noor Hisham menerusi Facebook rasminya berkata, dalam lawatan kerja itu, beliau diberikan taklimat oleh Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Klang, Dr Masitah Mohamed berhubung perkembangan terkini pengurusan PKPD.
“Kawasan PKPD di Jalan Teratai terbahagi kepada dua sektor iaitu Sektor A dan Sektor B di mana setiap sektor menempatkan asrama lelaki dan wanita.
“Pengurusan Kesihatan disediakan anggota kesihatan dari PKD Klang dan Klinik Kesihatan Meru, anggota kesihatan bantuan dari daerah luar serta sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya
Beliau berkata, aktiviti pengurusan kesihatan meliputi saringan Covid-19, kesiapsiagaan perubatan, pengurusan pemberian perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), pengurusan kemasukan kes positif ke hospital dan pengurusan data.
“Alhamdulillah, saya sempat bertukar pendapat dengan pihak pengurusan operasi yang terbabit dan mendengar isu-isu yang berbangkit agar operasi PKPD ini berjaya dalam membendung penularan ke dalam komuniti,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi terbabit dalam pengurusan PKPD itu.
Namun hantaran seorang individu di dalam FB Dr Noorhisham mencetuskan perbalahan
Buat lawatan salah, tak buah lawatan di kata takut mati pulak..moga Dr terus kuat bersama barisan hadapan KKM .
sumber : FB Dr Noorhisham
Leave a Reply