Pengeluaran KWSP i-Sinar RM10k Boleh Di Mohon Pertengahan Disember

KUALA LUMPUR – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memenuhi kliteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.

KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas permohonan diluluskan.

“KWSP akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan, berikutan pengumuman Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021 hari ini.

“Perincian ini merangkumi krlteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesann, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengvrangan gaji,” katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan program i-Sinar diperluaskan dan jumlah pengeluaran maksimum meningkat antara 10,000 bagi mereka yang mempunyai 90,000 dan ke bawah dalam akaun satu.

Sebelum ini diumumkan, ahli boleh membuat pengeluaran sehingga 60,000 sekiranya mempunyai baki simpanan lebih daripada 90,000 dalam akaun satu.
Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan mereka tahun ini, pencarum layak memohon untuk membuat pengeluaran daripada akaun satu KWSP.
“Tanpa mengira sama ada ahli pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, aktif mencarum atau tidak, selagi terjejas pendapatan dengan ketara, bolehlah mengeluarkan simpanan dari akaun satu KWSP.

“Daripada dua juta ahli yang layak sebelum ini, i-Sinar kini kita buka kepada lebih lapan juta ahli.

“Tambahan pula, had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada 6,000 kepada 10,000 membabitkan peruntukan 70 bili0n,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) peringkat dasar di Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, pemohon cuma perlu memohon dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP dengan menunjukkan buktl kehilangan pekerjaan, n0tis cuti tanpa gaji, p0tongan gaji, elaun atau bayaran lebihan masa dan pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.

“Selain itu, melalui ucapan Belanjawan 2021, kerajaan mengumumkan bantuan khas one-off kepada petugas barisan hadapan kesihatan sebanyak 500,” katanya.

SIAPA YANG LAYAK MOHON i-SINAR?

  • Ahli KWSP yang telah kehilangan pekerjaan
  • Ahli KWSP yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan
  • Ahli KWSP yang tiada tiada sumber pendapatan
  • Pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut

Berikut adalah syarat terkini Program i-SINAR:

  • Tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan, atau pendapatan mereka berkurangan tahun ini, ahli berkenaan layak memohon untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 1.
  • Tanpa mengira sama ada ahli adalah pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak, selagi terjejas pendapatan dengan ketara bolehlah mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 KWSP.

CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE(TANPA i-AKAUN)

Berikut adalah contoh untuk buat permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu login i-Akaun(Portal i-SINAR KWSP). Maklumat rasmi adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi KWSP dalam masa terdekat. :

  1. Sila Klik Permohonan Baharu KWSP
  2. Isikan Nombor MyKad.
  3. Pemohon mestilah belum lagi mencapai umur 55 tahun semasa permohonan permohonan pengeluaran i-SINAR melalui portal
  4. Isikan Nombor Telefon Bimbit,Alamat Email, Alamat Rumah,Poskod, Bandar,Negeri
  5. Pilih Amaun Pendahaluan ( Berdasarkan syarat layak),amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan.
  6. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
  7. Pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-SINAR
  8. Pastikan nombor akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-SINAR masuk tanpa sebarang masalah.
  9. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
  10. Klik Hantar

CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE(GUNA i-AKAUN)

Berikut adalah contoh untuk buat permohonan pengeluaran i-Sinar  i-Akaun KWSP). Maklumat rasmi adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi KWSP dalam masa terdekat. :

  1. Sila log masuk ke i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Klik pengeluaran
  3. Pilih i-SINAR
  4. Baca syarat & terma, klik OK
  5. Klik Seterusnya
  6. Pilih Amaun Pendahaluan ( Berdasarkan syarat layak),amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan.
  7. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
  8. Pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-SINAR
  9. Pastikan nombor akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-SINAR masuk tanpa sebarang masalah.
  10. Sila buat semakan BUTIRAN MAKLUMAT
  11. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
  12. Klik SETUJU,klik permohonan TAC,kemudian masukan TAC
  13. Klik HANTAR

 

Sumber : KWSP/OM

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*