Misteri Ketukan Pintu Dan Sampai Ke Negeri Lain

Misteri ketukan pintu tanpa salam yang menghantui penduduk di beberapa kampung di Kuala Selangor kini didakwa sudah sampai ke Port Dickson (PD).

Insiden itu dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘SN Zahidah’ di kumpulan Facebook Kami Suri Rumah semalam.

Menurutnya, dia mendakwa diganggu dua hari lalu pada jam 2.30 pagi dengan bunyi ketukan pintu sebanyak tiga kali.

“Saya baru kena dua hari lepas dalam jam 2.30 pagi, tiga kali ketuk serentak. Sekali ketuk lepas beberapa saat tiga kali tu… jujur cakap ni, waktu itu memang belum tidur lagi layan perasaan main ‘game candy crush’.Saya sampai keluar bilik pusing satu rumah atas bawah ‘check’. Tengok anak-anak semua tidur nyenyak. Cumanya saya tak jenguk keluar tingkaplah,” tulisnya.

Bagaimanapun jelasnya, dia tidak berasa apa-apa dengan insiden itu dan menganggapnya sebagai permainan syaitan, jin dan iblis.

Katanya, berkemungkinan disebabkan terlalu memikirkan kes yang berlaku di Kuala Selangor sehingga menganggu fikirannya.

“Sebab minggu ini galak viral pasal benda ini, jadi kita pun yang baca terfikir-fikir, mainan minda dan emosi. Maka datanglah syaitan ini ambil kesempatan.

“Bukan kata satu hantu yang sama itu saja pusing satu Malaysia, dah hantu sekeliling kita pun banyak, diaorang pun ikut trend viral… main ketuk-ketuk pintu takutkan penduduk Malaysia,” katanya.

Mengakhiri hantarannya, dia turut memberitahu tinggal di Port Dickson dan tidak menyangka insiden itu sampai di daerah ini.Perkongsian wanita itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang meninggalkan sebanyak 340 komen dan turut dikongsi sehingga 135 orang.

Ramai yang menyatakan rasa takut dan bimbang diganggu dan tidak kurang juga meninggalkan komen lucu antaranya, Noor Shida Ridzuan yang berkata “Siyes arr (serius lah) dah sampai PD jalan ‘eh’… Boleh ‘eh’ -hantu tu rentas negeri time PKPB ni. Alahai, awak kat Somban je ha.. Dokek dah tu”.

Aydaa Azizan pula berkata, “eh, eh dapat surat pelepasan pula dia… dah lah dapat ke sana sini kacau orang pula main ketuk-ketuk. Suruh dia dok dendiam (diam-diam) main candy crush tu haa..”

Sementara itu SN Zahidah menjawab soalan netizen memberitahu kejadian itu berlaku di tempat tinggalnya di PD Utama.

Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian di kawasan perumahan itu mendapati tiada yang mendengar insiden berkenaan berlaku setakat ini.

Kredit:SinarHarian

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*