Sample Mee Kari Di Dakwa Ada Babi Telah Di Uji, Keputusan Dari KPDNHEP Agak Mengejutkan ..

Sebelum ini tular di laman sosial satu rakaman video oleh netizen dimana sebuah restoran terkenal disini menyajikan makanan mee kari yang mengandungi bahan mentah daging yang dlsyaki daging babl.

Susulan daripada video tular berkenaan, pada 13 November 2020 lalu sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP Selangor seramai 5 anggota telah menjalankan pemeriksaan lanjut di premis makanan berkenaan yang terletak Subang Jaya Selangor.

Pengarah KPDNHEP Negeri Selangor, Tuan Muhamad Zikril Azan Bin Abdullah memaklumkan, hasil daripada pemerlksaan mendapati premis berkenaan mempunyai sijil halal JAKIM yang masih didalam tempoh sah sehingga 30 November 2020.

Menurut pengurus restoran terbabit, premis beliau mempunyai 3 orang pekerja warga Mynamar yang bertugas sebagai tukang masak di restoran berkenaan.

Pemeriksaan lanjut anggota ke bahagian dapur restoran telah menemukan bahan mentah yang digunakan untuk menyediakan menu mee kari kepada pelanggan.

Bahan mentah utama iaitu daging yang dlsyaki daging ayam dislta bagi tujuan ujian makmal dan keterangan oleh pakar.

Turut disita semasa pemeriksaan adalah Sijil Halal JAKIM dan dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal.

Menerusi hantaran terbaru dari laman facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan bahawa tiada unsur DNA babl dijumpai di dalam mee kari di sebuah restoran.

Menurut KPDNHEP, sampel tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan hasil ujian mendapati hanya unsur DNA ayam yang terdapat di dalam mee kari tersebut.

KPDNHEP berkata, susulan itu pihak restoran yang dislasat tidak melakukan kesalahan atau melnggar undang-undang di bawah Perlntah perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 atau Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011.

KPDNHEP dalam kenyataan turut menyeru kepada orang ramai agar bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan berita atau lsu yang tidak sahih di laman sosial kerana boleh mendatangkan kesan negatlf kepada pihak lain.

Komen Orang Ramai

Makan sahaja di restoran-restoran Muslim yang terbukti kesucian dan halal.

Kalau rasa xkena dgn makanan kt restoran ke kedai ke, jgn terus vlral dulu letak kt media sosial.. jumpa owner kedai dulu setel depan2… Dh jadi cmni kan xpsl2 dpt sman malu.

Yang xnak masuk ke hape tu ikut lah.. Pilihan masing2..Cuma kalo dh vlralkan bende tak betul.. Acah2 pandai sangat, tgu lah sediakan duit cukup2.

 

Sumber : SK/FBKPDNHEP

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*