Atok Alif Satar Positif COVID19, Ramai Lega Bila Pakwan Tiada Sakit Kronik

 

Datuk kepada penyanyi Alif Satar yang kini berusia 91 tahun turut disahkan positif Covid-19, Sabtu lalu.

Alif menerusi hantaran di Instagram berkongsi, datuknya, Mohamad Che Noh kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. Turut dirawat di sana ialah ibu, bapa dan adik bongsu Alif

“Pakwan (datuk) saya, 91 tahun juga pesakit Covid-19. Saya minta tolong semua untuk doakan agar Pakwan saya terus kuat dan dikurniakan kesihatan seperti biasa. Semoga Allah merahmati kalian semua.

“Terima kasih warga barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh kerana menjaga keluarga saya dan semua pesakit Covid-19. Anda semua sudah jalankan tugas dengan baik,” katanya.

Sementara itu, isteri Alif, Sha Dila Hadid ketika dihubungi berkata, datuk Alif tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

“Pakwan pun disahkan positif pada Sabtu lalu. Dia tidak ada apa-apa sakit kronik, cuma jalan saja kena pimpin atau pakai tongkat. Mungkin Pakwan terkena jangkitan sebab semua bergilir-gilir menjaga dia. Kasihan juga apabila dia kena,” katanya.

Sumber: Hmetro Online

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*