“Entiti Pilih Rumah Yang Nak Di Ketuk”- Penduduk Bagitahu Jenis Rumah Yang Akan Diganggu.

BUNYI ketukan pintu yang kuat hingga mengejutkan penghuni rumah di beberapa kampung sekitar Sabak Bernam sejak beberapa hari lalu masih menjadi teka-teki.

Sementara itu, seoarang Pakar Perubatan Islam yang di kenali sebagai Tok Singa ada berkongsi panduan untuk mengelakkan gang4uan ketukan pintu terutama dari J1n

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ramai yang duk tag saya dalam kes “KETUKKAN PINTU MISTERI” Di kawasan kampung di sabak bernam…

Pertama sekali,jika sudah periksa memang tiada perbuatan kianat oleh manusia maka kita balik lah pada agama kita…jin itu wujud dan ganguannya juga wujud…(orang sana lebih mengetahui apa yang berlaku disana)…

Saya hanya boleh berkongsi kaedahnya jika benar2 ia bukan perbuatan kianat oleh manusia yang hanya menakut-nakutkan orang lain…

Jika perbuatan dari jin ini kaedahnya. Saya kongsikan apa yang saya belajar.

1.cari kunyit hidup,daun bidara dan tumbukan dan dicampurkan dengan garam kasar lalu ambil sedikit tanah dihadapan rumah dan campurkan sekali dengan ramuan itu..

2.selepas dicampurkan ke4 bahan itu lalu bacalah:

*Al fatihah 7x, *ayat kursi 7x, *surah yassin 7x, *al ikhlas 7x, *al falaq 7x, *an nas 7x..dan selawat 44x…

“(Jika ketua kg ada seeloknya ketua kg yang buat dan agihkan pada penduduk kg…jika tak ada ketua kg maka lakukan lah sendirian)

“Ditiupkan pada 4 bahan yang dicampurkan tadi…dan taburkanlah dikawasan luar rumah masing2…insyaAllah dengan izinNya…

“Yang menghancurkan g4nguan ji-n adalah Allah swt.

“Jika ada kaedah lain2 yang tidak bertentangan dengan syariat boleh juga diamalkan

“Semoga Allah mempermudahkan dan menyelesaikan masalah penduduk disana..amin.

Pilih Rumah Yang Ramai Penghuni

Ketukan tanpa salam yang menghantui penduduk empat buah kampung di daerah ini terus diselubungi misteri apabila ‘entiti’ itu memi­lih rumah yang ramai penghuni berbanding mereka yang tinggal seorang diri.

Rata-rata penduduk mendakwa mereka masih diganggu setakat malam kelmarin.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, mereka berasa bingung kerana masih belum mengetahui punca gangguan tersebut.

“Yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana ‘pelakunya’ tahu rumah itu mempunyai ramai penghuni atau sebaliknya.

“Ramai kecoh mengenai kehadiran ‘p0cong’ sehingga tular di media sosial. Dakwaan itu turut mengganggu keharmonian kampung walaupun belum dibuktikan mengenai kesahihannya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Dakwanya lagi, ada pihak yang mengaitkan kejadian misteri itu dengan bomoh yang dikatakan mahu menguji kebolehan ilmu­nya, namun dia menafikan perkara tersebut.

Ditanya sama ada wujud unsur khianat, dia tidak mahu me­nuduh mana-mana pihak dengan kegiatan itu.

Sementara itu, Pengerusi Maj­lis Pengurusan Komuniti Kampung Kampung Batu 37, Muhammad Nazri Saiman memberitahu, tiada sebarang kelibat ditemui semasa melakukan rondaan di sekitar kampung tersebut.

“Penduduk ada menghubungi saya beritahu yang rumahnya diketuk, namun setelah diperiksa tiada individu yang berada di luar (rumah),” katanya.

Justeru itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam supaya rondaan di kawasan kampung tersebut dapat ditingkatkan pada hari mendatang.

Dalam pada itu, Mufti Sela­ngor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, kejadian ketukan misteri itu perlu disiasat secara menyeluruh bagi mengetahui puncanya.

“Sejujurnya saya berasa tidak selesa untuk mengulas mengenai kejadian ini. Siasatan perlu dilakukan sebelum kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

ADAKAH KETUKAN MISTERI DISEBABKAN OLEH KUCING?

“Ada juga penduduk maklumkan kepada saya kejadian berlaku di­sebabkan kucing, jadi kena siasat betul-betul,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan penduduk di empat kampung di daerah ini dihantui misteri apabila kebanyakan mereka mendakwa diganggu bunyi ketukan pintu rumah sejak Rabu lalu.

Ketukan misteri tanpa salam itu berlaku pada waktu malam sehingga awal pagi di Kampung Batu 37, Kampung Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Ban­ting sehingga menakutkan penduduk.

Sumber : Kosmo Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*