
Sebelum ini, pengurus kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, Adlina Abu Bakar memaklumkan penghibur popular itu kini menjalani rawatan dan proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka bermula semalam.
Adlina ketika dihubungi berkata, sebaik penyanyi itu dimaklumkan oleh bapanya yang mengenai salah seorang kontak rapat yang ditemui Alif pada Selasa lalu positif pandemik itu, dia terus bergegas menjalani ujian saringan Covid-19.
Berita berkenaan kesihatan selebriti serba boleh, Alif Satar, 30 yang disahkan positif Covid-19 sememangnya memberi kejutan dalam industri nyanyian Tanah Air.
Hal ini kerana Alif baharu sahaja membuat persembahan di Semi Final Muzik-Muzik 35 (SFMM35) secara langsung dan pastinya bertemu dengan ramai artis serta krew produksi yang lain.
Susulan daripada itu, sejak malam tadi, media sosial dipenuhi dengan gambar dan video selebriti negara melakukan ujian saringan berikutan menjadi kontak rapat kepada Alif.
“Aku minta maaf bro, aku tak tahu”
Namun begitu, apa yang mencuri tumpuan adalah tindakan Alif yang memohon maaf kepada setiap daripada selebriti yang terpaksa melakukan swab test disebabkan menjadi kontak rapatnya.
Pemohonan maaf pengacara itu juga disertakan sekali dengan doa agar mereka semua terhindar dari wabak pandemik ini.
Selain daripada artis yang dinyatakan, ramai lagi selebriti dan juga krew-krew yang terlibat sepanjang SFMM35 turut membuat swab test.
Produksi dan juga rakan artis yang terlibat bersamanya dalam pengambaran di Melaka turut melakukan ujian saringan bagi mengelakkan sebarang penularan yang lebih teruk.
Semoga Alif Satar cepat pulih daripada pandemik ini dan ahli keluarganya turut terhindar dari sebarang penularan. Buat yang menjadi kontak rapat juga diharap swab test yang mereka sudah lakukan berkeputusan negatif.
Ibu Bapa Alif Satar Positif COVID
Pengurus kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, Adlina Abu Bakar mengesahkan dirinya negatif Covid-19 selepas membuat ujian saringan tersebut pada Sabtu lalu.
Namun dukacita dimaklumkan, ibu bapa serta adik bongsu Alif baru sahaja disahkan positif Covid-19 hari ini.
“Alhamdulilah, saya bersyukur sangat apabila disahkan negatif Covid-19 oleh pihak hospital.
“Pun begitu, saya masih perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan akan membuat saringan kedua pada hari ke 12.
“Namun, saya bersimpati apabila mendapat tahu ibu bapa serta adik bongsu Alif yang telah disahkan positif sebentar tadi. Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya.
“Ibu bapa serta adik bongsu Alif positif covid 19”
Adlina dihubungi Astro Gempak selepas beliau berkongsi mengenai keputusan Covid-19 di media sosial.
Dimaklumkan, ibu bapa Alif, Hafiza dan Satar Ramli serta adiknya, Jim membuat saringan ujian tersebut pada Sabtu.
Alif kini dirawat dan menjalani kuarantin di sebuah hospital di Melaka selepas disahkan negatif Covid-19 pada Ahad.
Pengurus Alif Satar, Adlina Abu Bakar (Gambar kanan)
Menurut pengurusnya lagi, isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, juga bakal menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.
“Alif kini menjalani rawatan seperti biasa di hospital dan tidak menunjukkan apa-apa symptom atau sakit.
“Cuma Alif meminta semua mendoakan agar isteri dan anak-anaknya dilindungi dari jangkitan virus tersebut dan mereka berada dalam keaadan sihat,” katanya.
Alif yang menjalani penggambaran drama Penjara Cinta sejak minggu lalu baru membuat persembahan di sebuah acara pada Jumaat.
Sumber : GEMPAK/OMM
Leave a Reply