
PENGANJURAN hari terakhir Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35) ditunda selepas penyanyi, Alif Satar memaklumkan dia disahkan positif koronavirus (Covid-19), petang tadi.
TV3 menerusi akaun rasmi media sosial mereka memaklumkan penundaan itu dibuat atas langkah keselamatan.
“Untuk makluman semua, Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir Episod ke-3 malam ini terpaksa ditunda atas langkah keselamatan dan tarikh baru akan diberitahu kelak.
“Terima Kasih atas sokongan semua penonton,” tulis mereka pada ruangan kapsyen.
Alif menjadi antara penyanyi kumpulan pertama yang membuat persembahan di SFMM35 menerusi lagu I Want You To Love Me ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan, Jumaat lalu.
SFMM35 diadakan tiga malam berturut-turut bermula Jumaat lalu (20 November) di Sri Pentas (SP) 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Komen netizen
sumber : sinarharian
Leave a Reply