
Pelakon dan pengacara & penyanyi Aliff Satar memaklumkan dirinya Positif COVID19.
Beliau membuat satu hantaran di laman IGnya sebentar tadi
assalamualaikum..
dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.
Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif.
Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari.. dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan…
p/s alif sekarang menjalani proses kuarintin.
Rakan artis mendoakan kesihatan ALiff
Semoga Alif Satar di beri kesembuhan dan bebas dari COVID-19
sumber : IG alif satar / trending network
Leave a Reply