4 Negeri Tamat PKPB Tengah Malam Ini , Esok Kelantan Pula Mula PKPB.

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Terengganu, Melaka serta Kedah kecuali Kulim ditamatkan mulai esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB di Johor juga ditamatkan bermula tengah malam ini kecuali Kota Tinggi dan Mersing.

“Bagaimanapun, seluruh negeri Kelantan akan dikenakan PKPB mulai esok sehingga 6 Disember,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Anjung Teduh Felda Sahabat Lahad Datu Sabah ditamatkan hari ini.

PKPB mungkin tamat lebih awal

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di seluruh negeri kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis mungkin ditamatkan lebih awal jika penilaian risiko jangkitan Covid-19 berkurangan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang melakukan penilaian semula di negeri yang dikenakan PKPB.

“Ada yang bertanya adakah kawasan negeri tertentu akan ada penilaian semula, ya KKM sedang melakukan penilaian semula di negeri yang diisytiharkan PKPB.

“Saya percaya jika tidak ada kes baru, jangkaan keberangkalian jangkitan tidak berlaku dan penilaian risiko menunjukkan kawasan berkenaan tidak berisiko, kawasan berkenaan boleh ditamatkan lebih awal,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu akan bergantung kepada penilaian risiko di negeri-negeri yang dikenakan PKPB.

“Jadi kita tengok (keputusan) penilaian itu nanti, bagaimanapun saya ingin mengingatkan supaya kita menjaga SOP yang ditetapkan,” katanya.

 
GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
sumber : hmetro

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*