Polis Datang Ketika LIVE Jual Baju Bundle, Geli Hati Gelagat Peniaga Lari Sambil Angkut Semua Baju

Satu video pendek berdurasi selama 19 saat telah membuatkan ramai geli hati lebih-lebih lagi lepas melihat para pemuda ini lari bertempiaran bersama dengan kain pelikat mereka.
Bayangkan, tengah seronok buat Facebook Live sambil jual baju bundle, tiba-tiba dengar bunyi siren polis.

Kalau tak buat salah mungkin tak kisah kan, tapi kalau ada salah confirm lari.

Lebih lucu lagi apabila mereka sempat mengangkat semua baju yang digantung dengan begitu pantas mengalahkan kaum perempuan yang angkat kain bila hari hujan.

Tak tahu apa yang ditakutkan sampai berterabur semua lari nak selamatkan diri.

Netizen meninggalkan komen gelak ketawa mereka yang terhibur melihat aksi tersebut sekali gus membuat andaian mungkin mereka tidak memiliki lesen perniagaan.

Tidak tahu apa punca yang membuatkan mereka lari begitu sekali, tetapi boleh jadi kerana mereka telah melanggarr peratvran iaitu berkumpul di satu tempat.

Dalam masa yang sama, mereka juga kelihatan tidak memakai pelitup muka dan mungkin disebabkan itu mereka secara berjemaah melarikan diri dengan pantas.

 


 

Tapi memang hebat bukan main laju angkat kain tu, kalah orang perempuan.
 

Sumber : HotFM

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*