
Suami kepada pelakon Emma Maembong, Muhammad Shazli Azhar mengesahkan isterinya selamat melahirkan bayi lelaki pada 8 November lalu.
Berita gembira tersebut di kongsi Shazli menerusi laman sosial Instagram (IG) nya sebentar tadi dan dihujani ucapan tahniah daripada pengikut termasuk rakan selebritl pada ruangan komen.
Menerusi hantaran tersebut, Shazli turut berkongsi foto anak sulung mereka, sekaligus menamatkan tanda tanya mengenai desas-desus Emma yang dilaporkan sudah bersalin.
“Alhamdulillah…8.11.20 Allah is the greatest,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Semalam, dilap0rkan Emma Maembong sudah selamat bersalin dan mengadakan majlis doa selamat serta aqiqah bayi mereka.
Bagaimanapun tidak ada sebarang pengesahan mengenai perkhabaran tersebut, malah Emma dan suami serta adik beradik Maembong juga tidak berkongsi apa-apa mengenainya di media sosial.
Hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram Emma hanya berkaitan majlis mengumumkan jantina bayi mereka yang boleh ditonton di saluran YouTube Emma Maembong.
Emma Maembong, 27, sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, pada 20 Februari lalu.
Sumber : AstroGempak
Leave a Reply