“Bagaimana yang kena potong gaji, potong elaun..”- Najib Razak Bimbang Syarat KWSP

NAJIB Razak bimbang masih ada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan tetapi tercicir walaupun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) membenarkan lebih ramai pencarum mengeluarkan wang dari Akaun 1, bermula Januari ini.

Ini kerana katanya syarat pengeluaran itu hanya untuk mereka yang hilang kerja, diberi cuti tanpa gaji dan tiada punca pendapatan.

SEHINGGA dua juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan boleh mengeluarkan caruman dari Akaun 1, antara RM9,000 hingga RM60,000 tertakluk kepada baki simpanan.

Tak perlu bayar balik pendahuluan i-Sinar: KWSP | Harian Metro

Ini adalah kemudahan yang diperluaskan kepada lebih ramai pencarum KWSP berbanding kemudahan awal yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz semasa membentangkan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu.

Mereka yang mempunyai simpanan di Akaun 1 tidak lebih daripada RM9,000 boleh mengeluarkan maksimum sehingga RM9,000, sementara yang mempunyai simpanan lebih daripada itu boleh mengeluarkannya sehingga tidak lebih daripada RM60,000, umum KWSP.

INI LUAHAN NAJIB RAZAK KEPADA KWSP

The beginning of the end for Malaysia's Najib Razak

Terima kasih kepada KWSP kerana mewujudkan skim i-Sinar untuk membenarkan pencarum mengeluarkan duit dari akaun 1.

Namun, syarat kelayakan untuk skim ini hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau sudah tiada sumber pendapatan.

Sebab itu KWSP menganggarkan hanya 2 juta ahli sahaja akan menerima manfaat dari skim i-Sinar dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM14 bilion.

Ini berbeza dengan anggaran saya di mana 4.7 juta ahli akan mengeluarkan jumlah sehingga maksima RM47 bilion. (Namun bukan semua ahli akan mengeluarkan RM10,000)

KWSP perlu faham bahawa kita tidak boleh sasar kepada mereka yang hilang kerja sahaja (unemployed) tetapi golongan paling besar ialah mereka yang pendapatan bulanan mereka berkurang akibat gaji dipotong, elaun dipotong, service points/komisyen berkurang serta jumlah hari bekerja atau OT dipotong (underemployed).

Ramai tak boleh hidup dengan bergantung kepada gaji basic sahaja.

Dengan ini, saya minta KWSP memperluaskan skim i-Sinar kepada golongan yang pendapatannya telah turun mendadak akibat Covid dengan membuka skim i-Sinar kepada sesiapa yang mengaku pendapatan bulanan mereka telah turun 20% atau lebih akibat Covid.

Pendapatan bulanan mereka turun tetapi komitmen dan tanggungan bulanan mereka tetap tinggi.

Golongan underemployed ini perlu diambil kira juga. Jangan dicicirkan.

KWSP tidak boleh terlalu bersyarat sebab kita tidak mahu skim i-Sinar menjadi skim i-Die bagi golongan yang tidak layak hanya sebab mereka tidak hilang kerja walaupun sudah amat terdesak setelah pendapatan mereka turun akibat Covid.

Biarkan lebih banyak dana mengalir ke kitaran wang ekonomi tempatan sebab bajet tahun 2021 hanya 2.5% lebih tinggi berbanding bajet tahun 2019 yang tiada krisis Covid.
Jangan sampai ramai yang sengaja berhenti kerja atau sengaja dibuang kerja sebab mereka mahu layak untuk memohon skim i-Sinar.

(Bagi mereka yang tiada KWSP, kita masih memohon kerajaan untuk memberi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan secara pukal sehingga 30 Jun 2021. Lanjutan moratorium ini adalah antara dua syarat BN untuk sokong bajet 2021).

Sumber : Najib Razak

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*