
Hasrat untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila keguguran minggu lalu, Siti Elizad meluahkan rasa berang apabila ada wanita yang tergamak menghantar mesej kepadanya menawarkan diri untuk menjadi madunya.
Elizad berkata, lebih kecewa wanita berkenaan berani membuat tawaran berkenaan selepas mengetahui dia mengalami keguguran. Malah, ada yang menawarkan diri untuk kandungkan zuriat dengan suaminya serta meminta bayaran.
“Saya masih bersedih sebab tiada zuriat dan keguguran, tapi macam mana dia berani tawarkan diri untuk menjadi madu?Ada juga yang mesej untuk mengandungkan anak saya dan suami dengan meminta bayaran. Ya Allah… sampai macam ini ya?” luah Elizad kepada mStar.
Isnin lalu, Elizad berkongsi berita duka apabila mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Meskipun keguguran, Elizad meluahkan rasa syukur sempat merasai nikmat menjadi ibu walaupun selama beberapa hari.
Sempat Hamil Minggu Lepas, Elizad Keguguran
Hasrat pelakon Siti Elizad untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran. Meskipun keguguran, Elizad meluahkan rasa syukur dia sempat merasai nikmat menjadi ibu walaupun selama beberapa hari.
Menerusi perkongsian di Instagram, Elizad berkata dia sangat gembira apabila disahkan hamil selepas melakukan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) namun kandungannya tidak kuat dan berlaku pendarahan.
Redha di atas apa yang berlaku, Elizad berkata dia tetap bersangka baik dan tidak akan pernah berputus asa untuk terus mendapatkan cahaya mata. Elizad dijadualkan untuk menjalani rawatan IVF seterusnya pada Januari 2021.
“Tak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying.
Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.
Leave a Reply