“Bahaya..kalau dalam kek ada lidi “- Tolak Muka Anak Buah Dalam Kek, Ain Edruce Di Kecam.

Malam semalam pelakon, Ain Edruce membuat perkongsian dengan memuat naik video mereka sekeluarga menyambut hari jadi anak buahnya, Ari.

Apa yang menjadi perbualan hangat pada komen posting tersebut apabila Ain cuba mengenakan anak buahnya dengan membenamkan muka Ari ke dalam kek.

Rata-rata netizen mengatakan tindakan pelakon berusia 28 tahun itu salah kerana boleh memberi kenangan pahit pada si kecil dan ada juga mengatakan takut-takut kalau ada lidi untuk menegakkan kek tersebut.

Bagaimanapun, selepas tiga jam posting tersebut dimuat naik, Ain kemudiannya memuat naik posting kesinambungan situasi tersebut.

Rupanya, niatnya gagal apabila hanya krim kek saja yang melekat pada baju Ari. Muka Ari langsung tidak kena pada permukaan kek langsung. Netizen hanya salah faham.

Kini, posting tersebut sudah dipadam untuk tontonan umum. Tak apa lah, janji semua dalam keadaan baik. Netizen jangan marah-marah lagi dan Ain lepas ni elakkan  posting menimbulkan kontroversi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Kenapa bahaya buat macam tu, baca di bawah ini.

Sambutan Hari Lahir Hampir Membunvh Hanya Kerana Gurauan Tolak Muka Ke Dalam Kek

Hey, sambutan hari lahir tak seronok tanpa gurauan senda seperti mengotorkan muka rakan dengan kek hari lahir yang dibeli. Tapi awas, tindakkan anda untuk bergurau mungkin bertukar tragedi tanpa anda sengajakan.

Baru-baru ini terdapat satu video klip dikongsikan di laman sosial mengenai sambutan hari lahir seorang gadis berusia 16 tahun yang tidak sedarkan diri selepas mukanya ditolak oleh kenalan terdekat ke dalam kek dengan niat untuk bergurau.

Gadis tersebut bertuah kerana dia terselamat namun anda mungkin tidak.

Mungkin ramai tidak tahu, kek yang bersaiz tinggi selalunya mempunyai batang kayu atau plastik di dalamnya untuk menyokong kek tersebut supaya tidak jatuh. Sesetengah pembuat kek menggunakan batang kayu penyokong yang tajam di hujungnya namun ini bergantung kepada cara setiap individu.

Bayangkan muka anda ditolak dengan kuat ke dalam kek tanpa sempat anda mengelak. Batang penyokong kek tajam tersebut pastinya mampu mencederakan muka anda dan paling menakutkan jika ianya terkena bahagian mata anda.  Phew, membayangkannya sahaja sudah membuatkan penulis nyilu.

Peringatakan ini diharapkan dapat membuka mata ramai agar tidak melakukan gurauan yang tidak mendatangkan sebarang faedah itu. Sama ada terdapat batang penyokong atau tidak, tindakkan tersebut pastinya adalah suatu pembaziran. Yela, siapa pula nak makan kek hancur pada muka anda kan? Hiks!

Sumber KoolFM

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*