Yadim Serah Surat Supaya Batal Majlis ABP, Ini Respon Sinis Presiden Irama..

Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) berharap penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dilakukan secara lebih patuh sy4riah dan ‘mesra mvslim’.

Presiden Irama Ayob Abd Majid berkata, pihaknya kecewa apabila golongan artis menjadi sasaran tohmahan oleh golongan yang yakin bahawa mereka “ahli syurga”.

“Adalah ditegaskan bahawa tidak semua artis yang terlibat kehidupan mereka hanya diisi untuk berhibur-hibur semata tanpa memikirkan soal-soal agama, tatkala masjid dan surau ditutup, solat Jumaat tidak dibenarkan dan artis tidak pernah ambil peduli.

“Tohmahan ini adalah tidak berasas sama sekali dan bersifat f1tn4h akhir zaman dari kalangan golongan yang sudah yakin mereka itu adalah ahli syurga.

“Justeru itu Irama berharap sekiranya acara ini tetap juga ingin dijalankan, ubahlah sedikit cara sambutan acara ini agar lebih patuh syariah dan ‘Mvslim friendly’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyerahkan surat rasmikepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menggesa penganjur membatalkan malam kemuncak ABPBH 33.

Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan berkongsi perkara itu melalui hantaran dimuat naik di akaun Facebooknya.

“Yadim menyerahkan surat rasmi kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk menggesa hiburan yang tidak mematuhi syari4h dapat dibatalkan terutama di saat umat Isl4m berdepan pandemik Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, Irama berkata penganjur wajar menangguhkan program berkenaan pada waktu yang sesuai.

Namun pihaknya sedar ia sesuatu yang sukar dilakukan memandangkan persiapan acara itu telah dilakukan sejak berbulan lalu.

“Penganjur seharusnya boleh menggunakan budi bicara agar menangguhkan program ini ke suatu waktu yang sesuai, sejajar dengan pelbagai acara, baik acara keagamaan mahupun majlis sosial yang lain yang banyak telah ditangguhkan atau tidak dibenarkan berlangsung.

“Namun Irama amat memahami bahawa acara penganugerahan ini adalah suatu proses yang panjang dan bukannya boleh dizahirkan dalam suatu jangka masa yang singkat.

“Ini memerlukan pasukan atau barisan krew yang telah mula bekerja mungkin dari tiga bulan yang lepas,” katanya lagi.

‘Kita sibuk mengundang bala Tuhan’

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Shah Alam, Ahmad Dusuki Abd Rani, berharap agar program tahunan anjuran BH itu dibatalkan.

Katanya, ketika dunia berdepan murka Tuhan ketika ini, agak malang apabila apabila ada pihak yang bertindak mengundang murka Tuhan.

“Ada tak sesiapa di kalangan kita yang boleh dan memberitahu kepada penganjur ini, atau sesiapa yang ada kuasa untuk membatalkan program sebegini.

“Dunia sedang dimurkai Tuhan, kita pulak sibuk mengundang bala Tuhan. Tidak sedar lagi kah kita,” soalnya.

sumber : MK

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*