Ketua Pegawai KWSP Kata Rela Di Kecam Dari Buat Keputusan Melulu, Najib Pula Kata Itu Strategi Ekonomi.

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan menggadalkan masa depan ahlinya dengan membuat keputusan melulu mahupun terpengaruh dengan mana-mana dsakan dalam isu pengeluaran Akaun 1.

Ketua Pegawai KWSP Tunku Alizakri Alias berkata, pihaknya mendengar dan meneliti semua pandangan pelbagai pihak sebelum memvtuskan pengeluaran akaun terbabit yang masih dalam peringkat perbincangan bersama Kementerian Kewangan.

“Kita akan melihat semua aspek secara menyeluruh dengan mengimbangi keperluan semasa ahli sebelum membuat keputusan rasional yang bukan saja akan menyelesaikan masalah hari ini tetapi menjamin kelestarian masa depan ahli.

“Masih lagi dalam pr0ses penelitian untuk penambah baikan dan memperhalusl semua aspek.

“Semua perincian termasuk syarat, kaedah serta siapa yang layak akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu temubual hari ini.

Walaupun berdepan pelbagai tekanan termasuk ahli p0litik yang sebulat suara menyokong pengeluaran 10,000 dari Akaun 1 itu, namun beliau berkata, cabaran itu tidak akan mematahkan semangat pasukannya dalam membuat keputusan terbaik demi jaminan masa depan ahli selari dengan peranan penubuhan dana persaraan itu.

“Saya faham ramai orang marah, bimbang, rvngsing kerana kesan pandemlk ini yang tidak pernah berlaku kesan sebesar ini.

“Mungkin, saya menjadi orang paling dibencl di Malaysia sekarang kerana membuat keputusan yang tidak p0pular, biarlah orang kecamm saya tetapi akan jalankan tugas saya untuk melindungi masa depan ahli.

“Ya, kita mendengar semua pandangan, tetapi kita tetap berpegang teguh dalam membuat satu keputusan yang tidak akan menggadaikan masa depan ahli kerana keutamaan kita hanya berkhidmat untuk ahli tidak berkait rapat perkara lain termasuk tekanan p0litik sekalipun,” katanya.

Jika terdsak sekalipun, katanya, pengeluaran Akaun 1 akan menjadi jalan penyelesaian terakhir berikutan besar kesannya kepada ahli jika pengeluaran dilakukan pada masa ini.

“Kita ambil contoh jika seseorang ahli yang mengeluarkan 10,000 itu kini berusia 30 tahun dan dijangka bersara pada usia 60 tahun, dia akan terksan tiga kali ganda akibat pengeluaran itu.

“Mengikut rekod KWSP, 43 peratus atau 5.38 juva ahli mempunyai simpanan kurang daripada 10,000 dalam Akaun 1 manakala 54 peratus atau 137,000 daripada 254,000 ahli berusia 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada 50,000.

“Jadi, seharusnya pengeluaran KWSP menjadi pilihan terakhir apatah lagi kerajaan kita juga menyediakan pelbagai kemudahan bantuan bagi membantu kelangsungan rakyat ketika berdepan situasl C0vid-19 ini,” katanya.

Beliau berkata, ahli berpeluang mendapatkan khildmat naslhat perunding kewangan bertauliah seperti KWSP, Agensi Kavnseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta Pertubvhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk membantv menguruskan msalah kewangan dihadapi mereka.

“Ya, ini wang anda (ahli), tetapi buat keputusan yang betul dan jangan terburu-buru jika kita tidak membuat keputusan yang baik hari ini ia akan jejaskan masa depan.

“Bukan saya kata jangan (keluarkan Akaun 1), tetapi kita hendak pastikan ahli buat keputusan rasi0nal dan baik yang mengimbangi semua aspek termasuk untuk hari ini dan akan datang iaitu keluarkan untuk keperluan saja.

“Dalam keadaan gentlng ini, pastikan ahli merancang dan tahu berapa perbelanjaan keperluan dan keutamaan dalam masa terdekat ini sebelum memvtuskan membuat pengeluaran,” katanya.

 

‘Benarkan keluar RM10k dari KWSP bukan populis tapi strategi ekonomi’

Malaysiakini

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata cadangan pengeluaran akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara “one off” bukan langkah populis sebaliknya merupakan satu strategi ekonomi.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, cadangan pengeluaran KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman bank bertujuan untuk merancakkan ekonomi.

“Langkah pengeluaran KWSP RM10,000 dan lanjutan moratorium adalah langkah untuk menambah dana ke dalam kitaran ekonomi kita demi merancakkan ekonomi kita tanpa memberi impak kepada saiz bajet dan defisit negara di samping memberi sedikit ruang kelegaan kepada mereka yang paling terdesak.

“Ini bukan populis. Ini strategi ekonomi,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Semalam, Najib ketika membahaskan Belanjawan 2021 mencadangkan  kerajaan membenarkan pengeluaran caruman akaun 1 sebanyak RM10,000 secara “one off” dan lanjutan moratorium secara automatik.

Dua permintaan itu adalah syarat untuk BN menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.

Sementara itu dalam satu hantaran berasingan, Najib berkata ada pihak mendakwa cadangan pengeluaran RM10,000 ini tidak praktikal, sukar atau mustahil untuk dilaksanakan.

“Semalam, saya dah beritahu Dewan Rakyat bagaimana untuk melakukannya tanpa memberi impak kepada bajet/defisit kerajaan atau kepada KWSP.

“Jika 4 juta pencarum (seperti jumlah yang pohon skim i-Lestari) mengeluarkan jumlah maksimum RM10k dari akaun 1, ia adalah RM40 bilion.

 

 

“Hampir separuh pegangan aset KWSP sebanyak RM940 bilion atau sekitar RM470 bilion adalah dalam bentuk bon kerajaan dan bon swasta,” katanya.

Jelasnya, bon adalah kelas aset kewangan yang mudah dicairkan sebab ada nilai dan ada pasarannya.

Kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2021 mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pengeluaran itu hanya akan disasarkan untukmereka yang dalam kesulitan sahaja.

Muhyiddin tidak menggariskan syarat-syarat untuk memenuhi syarat pengeluaran RM500 sebulan, tetapi memberi gambaran melalui senario tertentu.

 

“Mungkin kedua-dua suami isteri dah tiada kerja. Walaupun ada simpanan, simpanan dah habis untuk anak-anak.

“Jadi dalam kes sebeginilah kita benarkan,” katanya.

 

Sebelum ini terdapat pihak yang menentang cadangan pengeluaran wang KWSP dengan menyifatkan langkah tersebut sama seperti merompak wang simpanan pekerja.

Ini kerana akaun 1 KWSP adalah untuk simpanan persaraan pekerja yang hanya boleh dikeluarkan setelah mencapai usia 50, 55 dan 60 tahun.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*