Pernah Kritik YB Khairuddin Kerana Tak Kuarantin, ADUN Ini Pula Di Kecam Kerana Langgar SOP.

KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari dari DAP, Young Syefura Othman memohon maaf selepas dipercayai melanggar prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Permohonan maaf itu dibuat beliau berkaitan satu gambar dikongsinya menerusi laman Instagram, sedang menyambut majlis ulang tahun kelahiran di satu lokasi di Selangor tanpa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Malaysiakini

“Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang SOP COVID-19. Saya tidak menggunakan sebarang kelebihan sebagai seorang wakil rakyat untuk bergerak dalam Selangor, negeri saya bermastautin.

“Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan saya melanggar sebarang SOP COVID-19. Terima kasih,” ciap beliau menerusi Twitternya, pagi semalam.

Jelasnya, walaupun dirinya Adun di Pahang tetapi dia bermastautin di Selangor.Ini berlaku setelah dia menyiarkan foto di Instagram memaparkan dirinya dan empat yang lain kelihatan berkelah di sebuah pantai di Avani Sepang Goldcoast Resort, yang terletak di Sungai Pelek, Selangor.

Bagaimanapun, hantaran gambar di Instagram beliau bersama empat rakannya yang mendapat kecaman netizen sejak kelmarin, sudah dipadamkan.

Pemimpin muda DAP itu sebelum ini kerap turun ke kawasannya di Bentong, Pahang untuk menyampaikan sumbangan dan menemui penduduk yang memerlukan bantuan.

Sebelum ini, Young Syefura antara pemimpin yang lantang mengkritik Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, yang sengaja melanggar arahan kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Turki.

Khairuddin sudah dikompaun RM1,000 kerana melanggar SOP kuarantin.

Komen Dulu YB Ketari

Di bawah PKPB di Selangor, perjalanan antara negeri dan antara daerah dilarang kecuali untuk tujuan kerja dan kecemasan.

Berkelah juga dilarang secara tegas berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Nasional, bersama dengan aktiviti pelancongan yang melibatkan perjalanan masuk dan keluar dari kawasan PKPB.

MKN telah mengeluarkan satu set peraturan baru semalam yang berkuat kuasa mulai hari ini ketika lebih banyak negeri berada di bawah sekatan PKPB, tetapi peraturan yang disebutkan di atas masih berlaku.

Komen Orang Ramai

Kredit: Bharian/MK

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*