Polis Cakap 2 Helikopter Tiada Kotak Hitam, Netizen Mula Berspekulasi.

Kuala Lumpur: Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) akan memanggil dua mangs4 yang terselamat dalam nahas helikopter terhempas di Jalan Taman Melawati di sini esok bagi membantu siasatan, kata Ketua Inspektor Kemalangan Udara BSKU Brigedier Jeneral Izani Ismail.

“Pada hari ini, kedua-dua mangs4 telah dibawa untuk menerima rawatan lanjut di hospital, jadi esok kedua-dua mangs4 akan dipanggil oleh BSKU bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau juga berkata kedua-dua helikopter jenis pesawat ringan itu tidak mempunyai kotak hitam.

“Kotak hitam hanya terdapat pada jenis helikopter yang saiznya lebih besar dan berat,” katanya ketika ditanya sama ada helikopter itu mempunyai kotak hitam yang merupakan alat penting jika berlaku nahas udara.

Bernama yang berada di lokasi kejadian menyaksikan bangkai helikopter itu dibawa keluar selepas mengambil masa hampir sejam untuk dileraikan dan dibawa ke Subang menggunakan treler panjang bagi urusan siasatan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut (SDR).

“Bedah siasat terhadap dua mangs4 nahas itu akan dijalankan esok di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,” katanya.

Helikopter terhempas yang meragut dua nyawa. FOTO NSTP

Sehubungan itu, beliau memohon saksi awam yang merakam insiden tersebut agar tampil ke Balai Polis Taman Melawati atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya bagi membantu siasatan.

Dalam insiden itu, dua lelaki mavt manakala dua lagi termasuk seorang wanita selamat dalam nahas melibatkan dua helikopter yang dipercayai berlanggar di udara sebelum sebuah daripadanya terhempas di kawasan semak di Taman Melawati.

Bernama melaporkan bahawa helikopter berwarna biru yang terhempas itu diterbangkan oleh Mohamed Sabri Baharom manakala sebuah lagi diterbangkan oleh Datuk Ahmad Jauhari Yahya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sistem Penerbangan Malaysia Berhad yang kini dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad.

Mangs4 yang terselamat iaitu Ahmad Jauhari, 66, dan Tan Chai Eian, 51, hanya mengalami kecederaan ringan.

komen netizen :

sumber : hmetro

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*